Sunday, November 13, 2011

Saya dan buku. ;)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, cuti kali ini dapat juga baca buku-buku yang saya beli, tapi tak terbaca-baca. Hum, macam mana itu. Hum, bila kita membaca, kita akan ada keinginan untuk menulis pula, betul tak? Ke saya seorang sahaja yang rasa macam itu? Jujur, saya ingin menulis sesuatu, tapi saya tahu, kalau nak tulis sesuatu, tulis lah sesuatu yang bermanfaat. Huhu. Saya juga inginkan apa yang saya tulis nanti adalah sesuatu yang apabila orang membacanya, dia dapat sesuatu. Sesuatu yang baik buat dirinya sebagaimana saya membaca buku insyaAllah saya akan dapat sesuatu dari apa yang saya baca. 

Waktu cuti ini, saya banyak baca buku novel-novel tarbiyah dan tanpa saya sedar, buku karya Hilal Asyraf mulai banyak, comel tersusun rapi dalam almari .Hum, saya mula memikirkan di manakah akan ku letak buku-buku ku selepas ini? Pernah satu hari abah tercinta menegur, 
          "Eh, baca buku lain pula dah. Banyak buku anak abah."
 Hehehe, tersengih je lah saya. Huhu.

Secara jujurnya, saya agak kekok untuk tidak memiliki highlighter pen dan juga stick notes semasa membaca. Huhu, habis buku-buku itu saya warnakan, walaupun novel, banyak stick notes yang tertampal di dalam buku tersebut. :)

Alhamdulillah, dari seorang yang suka beli komik telah menjadi seorang yang suka beli buku yang lebih baik dari komik. :)


Hum, 'Sinergi' .Ukhuwah Islamiyah. Alhamdulillah, biar seorang teman mengatakan pada saya, satu cerita itu direka sempurna tidak seperti realiti kehidupan kita yang sebenar, namun disebalik kesempurnaan yang cuba ditunjukkan dalam novel ini buat saya ingin buat pada sahabat-sahabat saya.Apa yang Hilal Asyraf cuba sampaikan adalah merupakan satu harapan seorang muslim buat dirinya dan juga buat saudara-saudaranya yang lain.  Apa yang dibayangkan oleh pengarang, adalah antara yang saya praktikkan bersama sahabat sahabat saya.

Bercinta dengan sahabat sendiri. SubhanaAllah.
 Indahnya. 
Saya ingat lagi, sebelum kami pulang ke rumah masing-masing, saya banyak berdating dengan sahabat-sahabat saya. Melihat di sekeliling saya, masing - masing dengan pasangan mereka, saya pun ada pasangan saya. Hehe. 

Orang lain seronok meluah rasa rindu pada kekasih, saya pun begitu juga. Meluah rasa rindu dan cinta pada sahabat-sahabat saya. Hehehe. ;) 


'Matahari' 

InsyaAllah, saya juga ingin menjadi matahari buat si dia. :) 

Saya sedar, saya ibarat bulan yang sentiasa memerlukan matahari saya untuk bersinar di muka bumi Allah. Islam itu lah matahari. Manusia memerlukan Islam dalam kehidupan mereka sebagai addin, as the way of life. Islam itu indah. Jom memahami Islam, jangan jadi umat islam yang hanya 'Islam baka'! 


'Indahnya Perjalanan Hidup Fatimah Az-Zahra'

SubhanaAllah, sedih saya baca buku ini. Macam-macam rasa yang saya rasa apabila baca buku ini. 

Secara jujurnya, saya memahami cerita sebalik takbir raya setelah membaca buku ini. 


'Apabila Hati Rindu Menikah'

Hum, ;) Jom mengislah diri ! Saya ingin jadi isteri nya yang solehah! Amiin. 

Saya mula sedar akan nikmat yang Allah janjikan buat mereka yang bernikah. 

Semoga dipermudahkan. InsyaAllah. :)


'Remaja Harapan'

Hehe, alhamdulillah, mungkin agak pelik saya yang dah berumur 19 tahun ini masih baca buku yang sesuai untuk dibaca bagi mereka yang lingkungan umur 10 tahun ke atas kot. Hehe. Tapi, percayalah, saya tidak merasa malu mahupun rugi membaca buku ini. 

InsyaAllah, inilah hadiah yang akan saya berikan buat sepupu saya atas peningkatan yang dia dapat. Biarpun dia tidak dapat seperti yang diinginkan, tapi saya percaya dia telah berusaha untuk mendapatkan yang terbaik. 

"Abang, nak hadiah tak?" Satu pagi. Saya baharu sampai di rumah nyai di Parit Kemang. Sewaktu itu, sepupu saya , Farhan dengan gembiranya memberitahu saya kejayaannya mendapat 7A dalam peperiksaannya. Alhamdulillah. 

"Akak nak bagi hadiah apa?" Saya tahu, sepupu saya yang seorang ini suka membaca dan berkarya, walau baru darjah 5, dia pernah tunjukkan saya cerita yang dia sendiri tulis. Subhanaallah. Malu saya. 

"Abang suka baca buku kan?" Farhan menganggukkan kepala. 
"Hum, kalau abang dapat nombor antara 1 hingga 5, akak bagi hadiah buku. Best! Baik punya buku, insyaAllah." Saya lihat dia tersenyum. Si adik, Hakim mula mengeluarkan nada merajuk. Hehe, saya ingat lagi apa yang dia cakap dengan saya,
"Alaaa... Habis adik? " Saya tersenyum. 
"Adik minta Abang Remy." Saya tepuk bahu dia, yang seorang ini memang rapat dengan abang ipar saya. Huhu. 

Ok, berbalik pada si abang pula, pada mulanya muka dia happy, nampak keyakinan pada wajah dia. Tapi, tiba-tiba muka dia berubah jadi tidak yakin. 
"Akak, 1 hingga 5?" Dia seperti mengeluh. 
"Abang boleh, insyaAllah. Yang penting usaha dulu sungguh-sungguh." 

Dan tadi dia beritahu pada saya,
"akak, abang dapat nombor 7." Wajah dia sedih. Saya gembira.
"Sebelum ini, nombor berapa?"
"Nombor 9. Tak dapat hadiah." Dia tunduk. Saya tepuk tangan.
"Alhamdulillah, tahniah abang." Saya rasa syukur, saya tahu dia telah berusaha dengan sungguh-sungguh. 

"Jangan risau, insyaAllah hadiah akak still bagi sebagai tanda meraikan usaha abang. Tapi, kalau boleh yang sekolah pagi cuba dapatkan macam yang akak minta dulu." Saya perasan wajah dia yang gembira mula berubah sedih. Wajah tak yakin pun ada sekali. 
"Kalau nombor 11 boleh?" Saya tersenyum. 
"Hum, jangan macam itu, abang dah usaha. minta pada Allah, doa padaNya agar abang digolongkan dalam mereka yang dapat nombor 1 sehingga 10. Selepas solat, jangan lupa doa." 

Dia senyum. Saya juga. :)

Saya masih memikirkan cara bagaimana untuk menerangkan atau menyampaikan dalam bahasa yang mudah untuk memberi kefahaman Islam kepada sepupu-sepupu saya. Hum, latihan buat diri saya. :) 
Remaja Harapan adalah antara langkah yang saya ambil untuk memberitahu pada sepupu saya bagaimana remaja Islam . 

Alhamdulillah, selepas membaca Remaja Harapan, saya ingin menjadi seorang mama seperti yang digambarkan oleh Hilal Asyraf. InsyaAllah. Teruskan usaha! ;)


Wassalam. ;)




Leave a Reply

Followers