#Post Title #Post Title #Post Title
Friday, June 1, 2012

Akta bla bla ^^

Bismillahirrahmanirrahim...

Mengambil bait-bait kata dari Hilal Asyraf,



Tuhan,
Aku mula menjadi kelu

melihat masyarakatku.


Entah apa kuasa yang aku punya,
untuk mengubah suasana,
sedang diri ini do'if hanya.


Kepada Engkau wahai Tuhan aku mengadu,
Sesungguhnya Engkau sahaja tempat perlindungan yang aku tuju.




^^
Walau masih dalam perbincangan, namun kononnya di'tangan' mereka, segala-galanya bisa...
[ Read More ]
Wednesday, May 30, 2012

Ya Badrotim


"يَا بَدْرَتِمٍّ حَازَ كُلَّ كَمَـالِ",
"مَا ذَا يُعَبِّرُ عَنْ عُلاَكَ مَقَالِيْ",

Si kecil mengikut qasidah yang dipendengarkan oleh mamanya. Sambil menanti omelet nya, terangguk-angguk kepalanya mengikut alunan qasidah itu. Tangannya jua di hentak-hentak perlahan di atas meja makan,mengikut irama qasidah 'Ya Badrotim'. 

Fatehah mengambil pinggan kecil, mulutnya mengukir senyuman, sekilas memerhati gelagat si kecil yang seronok mengikut qasidah yang sengaja dipendenggarkannya.Omelet buat si kecil telah siap dimasak, sempat dia mencium aroma omelet yang baharu sahaja diletakkan di pinggan. 

"Alhamdulillah, ok sayang mama. Omelet dah siap," kakinya melangkah ke arah anaknya yang dari tadi setia menanti dirinya atau lebih tepat menanti omelet nya. 
Mata si kecil membesar, bibirnya mengukir senyuman yang sudah cukup mentafsirkan dirinya begitu gembira kerna makanan kegemarannya telah siap dimasak. Sudu dan garpu plastik yang telah tersedia di hadapannya di pegang lalu dihentakkan secara perlahan. 

"Yeah!!!"
"Sayang mama!," satu ciuman diberikan buat mama nya, 
Fatehah senyum, kepalanya digelenggkan, "Oppsss...," Pinggan yang masih elok di tangannya mula dijauhkan dari anaknya, Umar. Jarinya membuat isyarat,'No,no,no'.
Umar memandang mama nya hairan. "Why mama?"
"Umar lupa ya? pesan mama," Umar berfikir sejenak.
 Satu,dua,tiga saat berlalu. 
"Owhh... Umar, tahu!" Umar tersengih, menyedari kesilapannya.Fatehah mengangkat kening, membuat muka yang meminta si kecil memberitahu apa yang dipesannya.
"Hehe.Umar lupa nak cakap Alhamdulillah,right mama?" Fatehah senyum sambil menganggukkan kepalanya, "SubhanaAllah, solehnya anak mama.Then,who should you thank first?" 
"Allah," 
Umar tersenyum. "Alhamdulillah, thank you mama." sambungnya lagi. Kini omelet kegemarannya telah berada di hadapannya. Bibirnya bergerak kecil, kedengaran bibirnya membaca doa makan. Fatehah pula sudah sibuk membersihkan apa yang perlu, setelah siap semua yang perlu dibersihkan, dia mencapai gelas comel yang mempunyai corak Pooh, lalu bergerak ke peti sejuk, mengambil Jus orange dan dituang jus tersebut ke dalam gelas yang diambilnya. Gelas itu diletak berdekatan anaknya. Si kecil yang berusia 4 tahun tersenyum, begitu selera dia menjamah omelet nya. 

Petang itu,Fatehah duduk di luar menanti suaminya pulang dari tempat kerja, sejak berkahwin, awal-awal lagi si suami mengusulkan cadangan agar setelah habis pengajian hanya menjadi suri rumah sepenuh masa. Tersenyum kecil dia mengingati peristiwa itu. 

"Sayang," Fathuddin menghulurkan tangan, menarik lembut tangan si isteri untuk duduk bersama di sisinya, Fatehah yang baharu dinikahi seminggu yang lalu masih kelihatan malu-malu, jelas wajah si isteri kemerah-merahan saat dirinya memanggil Fatehah dengan panggilan 'sayang' dan  saat itu jua pasti dirinya akan menyakat isterinya sama ada dengan lisan mahupun perbuatan dan hasilnya wajah si isteri makin jelas menunjukkan yang dirinya cukup malu. Setiap kali itu juga,pipi isterinya akan disentuh,merasa kehangatan 'malunya' si isteri,Nur Fatehah. 

Fatehah di sisi hanya diam, memandang si suami dengan wajah persoalan. Bibirnya mengukir senyuman. Namun, Fathuddin masih diam, walau diam, matanya tidak berganjak dari merenung wajah Fatehah, bibir Fathuddin mengukir senyuman,merenung isteri yang tidaklah secantik artis-artis wanita di Malaysia,dalam hatinya terdetik, 'cantikkah artis di Malysia? Isteri aku lagi cantik,hehe.'Namun wajah si isteri sentiasa menyejukkan pandangannya, bahkan jiwanya. Cantiknya si isteri tidak pernah dilihat dari paras rupa, malah akhlak jua ilmu si isteri yang memikat hatinya.  

Fatehah mengerutkan dahi, "Abang,?" 
"Tersenyum-senyum pula dia, kenapa ?" , suara lembut milik Fatehah mematikan lamunan Fathuddin. Dia menggelengkan kepala, lantas tangan si isteri yang masih lagi kemas dalam genggamannya di gengam penuh kasih. 

"Hummm..." 
"Hummmm???," Fatehah menagih jawapan. 
"Abang ada permintaan," Matanya memandang mata si isteri.
"Apa dia?", 
"Sayang jadi suri rumah sepenuh masa boleh?", ujar Fathuddin sambil tersenyum. 
Fatehah terkejut dengan permintaan si suami. Namun, dia senyum kemudiaannya. 
"Boleh sayang tahu kenapa tiba-tiba?Sayang habis belajar pun belum abang,", tanya Fatehah lembut, secara jujurnya agak berat dirinya untuk melaksanakan permintaan si suami,hasratnya untuk membantu si suami setelah tamat pengajiaannya, namun dia tahu tidak boleh dia membuat keputusan secara melulu tanpa mendengar penjelasan dari suaminya. Dirinya yakin, Fathuddin mempunyai hujahnya tersendiri.

"Humm,insyaAllah, pendapatan abang cukup untuk menampung kita sekeluarga. Abang ingin sangat isteri abang jadi suri rumah sepenuh masa supaya insyaAllah bila anak-anak kita mulai hadir dalam hidup kita, abang ingin sayang sentiasa bersama mereka ,malah sayang merupakan tenaga pengajar yang pertama sekali buat anak-anak kita,insyaAllah.Boleh sayang?"

Fathuddin bertanya lembut, dalam hati dia mohon agar Allah melembutkan hati si isteri untuk menerima cadangannya. Lama Fatehah diam. Wajah si suami dipandang, dilihat suaminya tidak lekang mengukir senyuman. 

"Humm, sebenarnya abang ada cadangan, abang benarkan sayang untuk bekerja, tapi di rumah." 
Fatehah yang masih setia mendengar, mengerutkan dahi. 
"Macam mana itu abang?" Fathuddin tersenyum. "Ini cadangan abang sahaja ya, why not sayang buat business ?"
"Sayang kan ada pengalaman dalam bidang perniagaan ini,dan abang rasa bidang yang sayang ceburi ini,membolehkan sayang untuk buat perniagaan.Bukankah berniaga itu merupakan sunnah juga?" 
Fatehah diam. Dia berfikir sejenak,ya,memang tidak dinafikan dirinya mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan, namun hanya kecil-kecilan dan perniagaan yang dijalankan bersama sahabatnya adalah antara faktor untuk mereka mencari sumber kewangan bagi menampung kehidupan mereka sebagai mahasiswa juga bagi menjalankan antara sunnah Rasulullah.
Ya, dia bersetuju dengan pandangan suaminya, berniaga merupakan sunnah Rasulullah andai niat dan caranya benar-benar mengikut sistem muamalat yang telah Allah sediakan buat hamba-hambaNya.

Terngiang-ngiang pesanan dari sahabatnya saat awal-awal dirinya ingin menceburi bidang perniagaan, "Hendak berniaga ini, niat perlulah ikhlas kerana Allah, apabila ikhlas kerana Allah, insyaAllah yang sukar jadi mudah. Memang setiap kerja yang kita buat ada cabarannya sendiri,ada risikonya. Begitu juga dengan berniaga.Ingat,usahawan yang paling hebat siapa? Naa, Rasulullah bukan? Jadi, contohilah  Rasul kita," 

"Boleh sayang?" Kali kedua soalan itu diutarakan sekaligus mematikan lamunan Fatehah. Melihat si isteri masih diam membisu,dia berkata lembut, "Abang tidak memaksa, andai sayang tak setuju, tidak mengapa. Sayang jangan buat keputusan sebab simpati dengan  abang atau sebab abang yang suruh, abang tak mahu itu.Ya, memang seorang isteri kena patuh pada kata-kata suaminya, tapi, abang bukanlah seorang yang tidak boleh dibawa berbincang."
Fathuddin tersenyum.Tangan isterinya diusap penuh cinta.
"InsyaAllah, abang jenis yang flexible, sayang berhak untuk suarakan pandangan sayang malah abang sangat perlukan teguran dari isteri abang andai ada perkara yang abang buat itu salah. Abang pun manusia. Jadi, abang nak isteri abang buat keputusan sebab Allah, apa jua keputusan sayang, abang terima." Fathuddin tersenyum. Tangan isterinya dikucup. Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya. 
Fatehah tersenyum, dalam hati dirinya membaca kalimah basmallah,dia setuju dengan cadangan suaminya,untuk membuat perniagaan,Fatehah akan memikirkannya secara perlahan-lahan,tidak mahu dirinya tegopoh-gopoh.

"Ok, sayang setuju." 
"Betul ini?" Fatehah menganggukan kepala. Lantas tubuhnya dipeluk erat. 
"Alhamdulillah, terima kasih sayangku Nur Fatehah," Pelukan kian renggang, lalu pipi si isteri dikucup.Lama. Fatehah malu. "Hehehe, abang tahu sayang tengah malu ini,"
Fathuddin tersenyum melihat reaksi isterinya. Fathuddin ingin menjadi seorang suami yang bukan sahaja hanya bijak mencari keperluaan fizikal isterinya malah jua keperluan emosi si isteri. Dia ingin menjadi seperti Rasulullah yang melayani para isterinya dengan begitu santun malah Anas r.a pernah berkata,"Aku tidak pernah melihat manusia yang lebih mencintai isterinya melebihi Rasulullah s.a.w", SubhanaAllah. Fathuddin juga ada membaca satu buku yang menceritakan betapa romantisnya Rasulullah dalam menggauli serta melayan isteri-isteri baginda,ada dinyatakan bahawa Rasulullah dalam menyatakan tanda sayang jua cinta pada para isterinya bukan hanya dengan lisan malah jua melalui perbuatan baginda. Komunikasi dengan isteri-isteri baginda dalam bentuk perbuatan menjadi satu perkara yang tidak baginda lupa untuk buat dalam hari-hari baginda bersama isteri-isterinya. SubhanaAllah.

Bunyi deruman enjin kereta mematikan lamunan Fatehah. 
Fatehah bangun dari duduknya. Senyuman telah terukir di bibirnya. 
Fathuddin yang masih dalam kereta, sudah berbunga-bunga saat melihat satu susuk tubuh yang mengenakan t-shirt muslim bersama seluar track suit serta bertudung labuh. Rindunya dirinya untuk melihat wajah wanita itu sehingga terbawa-bawa ke pejabat. SubhanaAllah, nikmat 'syurga dunia' yang telah Allah kurniakan buat dirinya.Bersyukur dirinya ke hadrat Ilahi.
Fathuddin yang kepenatan, terus hilang penatnya dek melihat manisnya senyuman si isteri yang setiap hari setia menanti dirinya. SubhanaAllah.Alhamdulillah. 

"Assalamualaikum abang sayang," ujar Fatehah, beg laptop milik suaminya ingin diambil, namun seperti biasa akan dihalang oleh si suami. Kepala Fathuddin digelenggkan. 
"Waalaikumussalam isteri abang yang solehah lagi comel,"
"Hum.. Sayang ini, abang kan dah habaq mai, toksah bawakan beg abang, berat taw," pipi isterinya dicubit lembut. Fatehah hanya tersenyum. Lengan suaminya dipaut.
"Umar Nafi' mana sayang? Sampai hati tak tunggu abang hari ini,hehe," Fathuddin ketawa kecil. Kebiasaannya, Umar akan menemani Fatehah menanti dirinya, namun tidak pula hari ini. 
"Anak soleh abang itu, dari tadi seronok sungguh dia ikut qasidah 'Ya Badrottim' itu abang,"
"Owh ya?" Fathuddin duduk di sofa. Beg laptopnya di letak di atas meja. Tali lehernya di longgarkan, terasa sesak pula dengan tali leher yang dipakainya. Stokingnya dibuka satu persatu.Kepalanya disandarkan.
"Iya, dari pagi tadi, sampai masa sayang tengah buatkan omelet dia, tak berhenti dia mengikut alunan qasidah itu abang," Fatehah berlalu ke dapur, menyediakan jus orange kegemaran suaminya. Melihat keadaan suaminya yang keletihan itu, dia merasa simpati. 
Tubuh suaminya dihampiri, "Abang, airnya." Fathuddin membuka matanya, melihat si isteri yang berdiri bersama gelas di tangan,dia tersenyum.Dia menepuk-nepuk sofa di sebelahnya, Fatehah faham akan maksud si suami. Lantas, dia mengambil tempat di sisi suaminya, gelas kini telah bertukar tangan. 
Jus oren mula diteguk setelah kalimah basmallah dibaca. 
"Alhamdulillah, lega tekak abang,"
Pasangan suami isteri ini tersenyum bahagia. 
Fatehah memandang suaminya, tangannya mula menyentuh bahu suaminya. Perlahan bahu itu diurut. 
"Alhamdulillah, bestnya. Tiap-tiap hari ada orang urut abang, free of charge pula itu," Fathuddin bergurau dengan isterinya.
"Amboii abang, suka ya dia. Mestilah free of charge sebab abang dah berikan sayang segala-galanya, jadi abang tak perlulah bayar charge urut ini," Kedengaran Fathuddin tergelak kecil. 

"يَا بَدْرَتِمٍّ حَازَ كُلَّ كَمَـالِ",
"مَا ذَا يُعَبِّرُ عَنْ عُلاَكَ مَقَالِيْ",
 " أَنْتَ الََّذِيْ أَشْرَقْتَ فِيْ أُفُقِ الْعُـلا"
"فَمَحَوْتَ بِالأَنْوَارِ كُلَّ ضَلاَلِ"


Kedengaran suara Umar mengalunkan qasidah Ya Badrotim. Fathuddin dan Fatehah tersenyum. 
Umar yang melihat susuk tubuh ayahnya, mula berlari kecil,mendapatkan ayahnya. 
"Anak ayah seronok ikut qasidah Ya Badrotim?" 
Umar menganggukan kepala. "Haah ayah, best!"Ibu jarinya dibuat tanda 'good'. 
"Mama selalu buka video qasidah yang abang-abang kat tahfiz itu ayah, lama-lama Umar pun dah terikut-ikut," 
"Alhamdulillah," 
"Umar tahu tak Ya badrotim itu maksudnya apa?" Umar menggelengkan kepala, kini dirinya berada ditengah-tengah mama dan ayahnya. Matanya yang bulat itu memandang ayahnya. 
"Ya badrotim itu maksudnya wahai purnama,"
"Qasidah yang Umar baru sebut-sebut itu kalau dalam bahasa Melayunya maksudnya...,"
Belum sempat Fathuddin ingin menyatakan maksudnya, si kecil meminta sesuatu. 
"Ayah alunkanlah qasidah Ya Badrotim ini dalam bahasa Melayu," Fatehah hanya tersenyum melihat keletah si kecil bersama suaminya. 
"Pulak dah?" Fathuddin tergaru-garu. Namun, senyuman masih tidak lekang dari bibirnya.
"Ya lah ayah.Bila ayah sampaikan dalam bahasa Melayu, baharulah Umar faham,boleh ya ayah," Matanya yang sudah semula jadi bulat, makin dibulatkan. Membuat muka comelnya di hadapan ayahnya. Fathuddin hanya menganggukan kepala. Nafas ditarik, lalu dihembus perlahan. Penat di pejabat masih ada namun melayan kerenah si kecil menghiburkan jiwanya. Melihat si isteri solehah menenangkan jiwanya. Alhamdulillah.

"Wahai purnama,wahai purnama,
Wahai purnama yang indah lagi sempurna."
"Bagaimana,bagaimana nak ku luah dengan kata-kata,"
"Engkau menyinar di alam tinggi,di alam tinggi,"
"Terangi kegelapan dan kebatilan,"
"Denganmu alam bergemerlapan,bergemerlapan,"
"Zahir batin nur nikamat dan kemuliaan,"


صَلَّى عَلَيْكَ اللََّهُ رَبِّ دَآئِمًا"

أَبَدًا مَعَ الإِبْكَـارِ وَالآصَـالِ
وَعَلَى جَمِيْعِ الآلِ وَالأَصْحَابِ مَنْ

"قَدْ خَصَّهُمْ رَبُّ الْعُلاَ بِكَمَالِ



Umar menepuk tangannya. "Ayah, merdunya suara ayah..." Umar tersenyum. 
Fatehah dan Fathuddin juga tersenyum. 
"Alhamdulillah,milik Allah semuanya itu sayang, "Fathuddin mengusap kepala anak lelakinya itu.
"Sayang mama nak tak masuk sekolah tahfiz macam abang-abang kat video itu?"soal Fatehah. Fathuddin hanya diam, melihat reaksi si kecil di sebelahnya. 
"Nak mama.Umar nak belajar agama macam abang-abang itu,nak hafaz al-quran." Umar berkata dengan wajahnya yang berseri-seri. Fatehah tersenyum.Kepala anaknya diusap lembut, 
"SubhanaAllah,soleh anak mama dengan ayah. InsyaAllah, bila dah tiba waktunya,Umar akan belajar macam abang-abang itu,betul tak ayah?"Fathuddin menganggukan kepalanya. Bibirnya juga mengukirkan senyuman. 
"Wahh... seronoknya," Umar tersenyum riang. 
"Mama, ayah qasidah ya Badrotim ini sebenarnya untuk siapa?" 
"Qasidah ya Badrotim ini ialah satu puisi mengenai Rasul kita, Nabi Muhammad s.a.w," Fatehah menjawap persoalan si kecil. Di lihat suaminya mula bersandar semula, matanya juga mula terpejam semula.
Umar menganggukkan kepalanya. Fatehah memandang anaknya, jarinya dihalakan ke arah suaminya, Umar memandang ayahnya, dia tersenyum kemudia kembali menghadap mama nya. Jarinya diletakkan berhampiran bibirnya.Fatehah tersenyum,faham akan erti anaknya itu. 

"Umar Nafi' nak tahu tak, Rasulullah sangat rindu kan kita," Mata Umar tidak berkelip. Dia memandang mama nya. Mendengar satu-satu kata-kata mama nya itu.
"Maksudnya mama?" 
"Hum...maksudnya, Nabi Muhammad walaupun baginda tidak sempat untuk bertemu dengan kita, namun baginda sangat-sangat rindu untuk bertemu dengan kita," Fatehah berhenti berkata,seketika. Matanya melihat suaminya seketika, masih lagi memejamkan mata. Terdetik rasa simpati buat si suami.
"Mama," Bahu Fatehah dicuit, si kecil menagih ceritanya agar disambung semula. 
"Hehe. Sorry sayang," 
"Ada satu hari itu, Nabi Muhammad bersama dengan para sahabat, kemudian baginda meluahkan rasa rindunya pada kita,waktu itu para sahabat semua tertanya-tanya,siapakah gerangan yang Rasulullah rindukan. Apabila Rasulullah menyatakan bahawa baginda rindu umatnya yang lahir setelah kewafatan baginda,waktu itu Rasulullah berkata dalam keadaan sebak,sehinggakan waktu mama baca pun mama menangis. Mama dapat rasa rindu itu."
Fatehah memandang anaknya. 
"Sayang dan cintanya Rasulullah pada kita semua sampailah saat akhir hayat baginda, masih lagi baginda ingat pada kita malah baginda memikirkan umatnya. Ayat terakhir yang meniti di bibir Rasulullah, 'Umatku,umatku,umatku,'.Sedih sayang, setiap kali mama baca mahupun dengar ceramah berkaitan kewafatan baginda, mesti mengalir air mata mama."
Air mata yang bergenang,ditahan. Umar mendengar dengan penuh khusyuk.
"Mama, jangan nangis, nanti Umar pun sedih," Umar berkata sambil tangan kecilnya menyentuh tangan mama nya. Fatehah hanya menganggukkan kepala.Bibirnya mengukir senyuman.
Dia yakin, sesiapa sahaja, saat mendengar kisah kewafatan Rasulullah pasti akan mengalirkan air mata. Allahuakhbar, hebatnya perjuangan Rasulullah, hebatnya cinta baginda pada umatnya.Fatehah juga yakin cinta umat Nabi Muhammad tidak dapat menandingi cinta dan rindu Rasulullah. 

"Sayang, naik atas dulu ya, mama nak kejut ayah." Fatehah mengusap rambut anaknya.Dahi si kecil dikucup lembut.Lama. 
"Ok mama," Umar tidak membantah. Kaki kecilnya mula melangkah pergi meninggalkan mama dan ayahnya.Dia menaiki satu persatu anak tangga, menuju biliknya. Qasidah Ya Badrotim tidak lekang dari bibirnya. 

Fatehah melihat suaminya.Wajah lembut itu direnung.Dia mengukir senyuman. 
"Sayang buat apa, tenung abang lama-lama?", suara Fathuddin menggejutkan Fatehah. Terangkat bahunya sebagai tanda refleks. Bahu suaminya ditampar lembut. Pipinya mula terasa hangat. Fathuddin membuka matanya, melihat wajah isterinya yang mulai kemerah-merahan,dia ketawa kecil. 
"Sayang abang ini, dah 5 tahun kita kahwin , tak hilang lagi malu dia ya," Fathuddin tergelak kecil. Pipi isterinya disentuh, kelihatan si isteri sudah memuncungkan bibir. Dahulu, saat awal-awal pernikahan mereka, andai diusik si suami, Fatehah jarang menunjukkan rajuknya, namun setelah beberapa tahun berkongsi hidup bersama Fatehah, isterinya itu sudah mula pandai merajuk dengan dirinya. Namun, rajuk isterinya itu tidaklah selalu malah andai merajuk hanya seketika sahaja,kerna Fathuddin tahu penawar untuk menggembalikan senyuman dibibir isterinya. 
"Abang ini, malu kita." Fatehah menepuk pula bahu si suami. Fathuddin ketawa. Bahagia hidupnya bersama isterinya ini. 
Bahu isterinya dipeluk. Pipi si isteri dikucup lembut. Fatehah, isteri pilihannya sendiri.Bertemu hanya beberapa kali, namun setiap pertemuan tidak pula berlaku perbualan.Akhir pertemuan sebelum dia mengambil keputusan untuk meminang Fatehah adalah saat pertemuan di rumah datuknya. Waktu itu dirinya yang menyambut Fatehah sekeluarga. Tatkala terlihat wajah Fatehah, terkejut dirinya, bagaimana si gadis pilihan bisa berada di rumah datuknya,setahunya rumah si gadis di Selangor. Namun,persoalannya mulai terjawab apabila dirinya mendapat tahu datuk Fatehah merupakan sahabat rapat datuknya. Saat itu, dirinya gembira bukan kepalang. Terasa Allah memudahkan urusannya untuk meminang si gadis solehah. 

"Qasidah badrotim yang kumpulan nasyid abang alunkan saat pertandingan nasyid di universiti,paling merdu sayang pernah dengar."
Fatehah menyandarkan kepalanya ke bahu suaminya. Fathuddin tersenyum, hidung isterinya dicuit. "Manjanya dia,Alhamdulillah, dan waktu itu sayang jatuh cinta dengan abang ya?" Fathuddin mencuit hidung isterinya.
Fatehah tersenyum cuma.
"Nak manja dengan siapa lagi kalau bukan suami sayang yang soleh lagi handsome ini,"Fatehah menggengam erat tangan suaminya.

 Pertama kali melihat suaminya sewaktu pertandingan nasyid yang diadakan di universitinya. Fathuddin merupakan vokalis utama, saat mendengar suara suaminya, hatinya telah terpikat dengan indahnya suara kurniaan Allah, namun,saat matanya memandang ke layar putih, jantungnya berdebar. Hanya seketika sahaja matanya dihalakan ke layar putih.Tidak pernah menyangka insan yang dia minat dalam diam yang datang merisik. Sungguh, dia terkejut, kerna waktu itu,tidak pernah dia berfikir secara serius akan perasaan minatnya terhadap suaminya itu. Dia hanya menganggap perasaan debar itu sebagai satu rasa yang mungkin biasa dirasai oleh setiap insan saat melihat indahnya ciptaan Allah. Tidak pernah pula dirinya ketahui Fathuddin secara diam-diam merisik perihal dirinya. Malah, saat beraya di rumah sahabat datuknya di Johor,tekejut dirinya saat terlihat gerangan yang menyambut dirinya sekeluarga. Tidak lama selepas itu, suaminya berkunjung ke rumahnya  dengan niat yang ikhlas, untuk menjalankan ibadah juga sunnah Rasulullah. 

Kedua pasangan itu tersenyum bahagia. Bersyukur kedua pasangan itu atas kurniaan Allah s.w.t. Dipertemukan dengan pasangan yang soleh solehah. Fatehah bersyukur, cintanya pada si suami menambahkan lagi rasa cintanya pada Yang Esa,begitu juga Fathuddin. 
Setiap minggu,  Fathuddin dan Fatehah akan membuat 'Usrah Cinta', hanya mereka sekeluarga. Fathuddin bersyukur, walau saat dirinya menikahi isterinya,ketika itu dirinya baharu sahaja berusia 24 tahun dan Fatehah waktu itu berusia 20 tahun,namun keluarga mereka tidak menghalang, malah memudahkan. Alhamdulillah. Fathuddin akui, bukan mudah dirinya untuk memikat hati keluarga isterinya yang waktu itu masih lagi seorang mahasiswi di universiti tempatan,namun berkat doa ibu bapanya jua usahanya , Allah mudahkan segala-galanya. Alhamdulillah. 
Wajah lembut si isteri dipandang. Satu kucupan lagi buat isterinya. Fatehah tersenyum bahagia. 

"Jom abang,"  Fathuddin mengerutkan dahi. "Ke mana?"
"Naik atas, abang belum wangi, busuk lah...",
 Fatehah tergelak kecil, lalu membuka langkah, beg laptop suaminya dicapai sebelum membuka langkah ingin meninggalkan suaminya. Dirinya yakin, pasti si suami akan mengejarnya dek geram dengan usikannya. 
Fathuddin yang terkejut dengan kata-kata Fatehah, membulatkan mata, melihat isterinya telah membuka langkah meninggalkan dirinya, dia juga turut bangun dan ingin dikejar tubuh si kekasih. 
"Sayang main-mainkan abang ya,siap sayang!" Fathuddin membuat muka nakalnya. 
Si isteri dikejarnya. Terdengar ketawa kedua-dua pasangan bahagia itu. 
"Sayang, jangan lari-lari, nanti baby semput." Fathuddin mengingatkan isterinya. Fatehah tersenyum. "InsyaAllah abang, sayang jalan laju jerk ya," Fatehah mengenyitkan mata.Dia berhenti dari membuka langkah, suaminya mendekat, lengan suaminya dipaut manja. Mereka berdua meniti anak tangga bersama-sama. 

---
Nota Kaki.
Alhamdulillah, siap juga cerpen yang penuh dengan klise ini. Huhu.
Tak pelah, tengah belajar-belajar ini.
Saja nak buat cerita tetiba,ilham datanga tatkala  mendengar alunan Qasidah Ya Badrotim dari adik-adik soleh, subhanaAllah.Rasa tenang, melihat wajah adik-adik, terasa jiwa lapang. Sungguh,wajah mereka menyejukkan pandangan mata saya.
Pengalaman bertemu sendiri dengan adik-adik yang bersekolah di maahad tahfiz  Kampung Melayu Raya,Labis sudah cukup membuatkan saya begitu jatuh cinta dengan mereka. SubhanaAllah melihat wajah adik-adik muslimat, sungguh,ada nur. SubhanaAllah. Saat itu, saya tertunduk malu. Malu sangat. Adik-adik yang masih usia dalam lingkungan belasan tahun, telah menghafaz beberapa juzu' ayat Al-Quran.

Saya ingat lagi kata-kata Umi, isteri Ustaz,pengasas sekolah Maahad Tahfiz,
"InsyaAllah, andai sudah menghafaz 30 Juzu Al-Quran, hati anak-anak ini hati yang terang,mudah untuk terima ilmu pembelajaran di luar sana. Kami tak sediakan pembelajaran yang perlu diambil untuk peperiksaan PMR mahupun SPM. Bila mereka dah keluar, nak ambil peperiksaan SPM, mereka kena belajar sendiri. Macam yang kita tahu, kat pasaran, macam-macam buku yang disediakan, buku spot soalan spm,nota-nota ringkas,semua dah ada.InsyaAllah, macam Umi kata tadi, andai dah hafaz 30 Juzu Al-Quran,mudahnya terima ilmu lain.Kita nak lahirkan seorang doktor yang menyelamatkan ummat,bukan membunuh ummat. Contoh ya,sebab itu ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke maahad ini terdiri dari golongan bijak pandai.Bukan hanya mereka yang berlatarbelakangkan keluarga yang ustaz ustazah,"
SubhanaAllah, saat itu. Terus saya set dalam fikiran saya, insyaAllah, ada umur yang Allah pinjamkan, ada jodoh untuk menjadi isteri juga seorang ibu, saya berhasrat untuk menghantar anak-anak saya ke sekolah maahad. InsyaAllah. ^^
Pernah juga terlintas dalam fikiran saya,untuk menghantar diri saya. Waallahualam...
Video Ya Badrotim,




^^ NurulFauzaniAriff @ NurMusfirah MAI...
*Andai ada yang membaca nukilan saya ini, hum...
mohon kritikan dari anda. ^^Syukran Jazilan...
[ Read More ]
Thursday, May 24, 2012

Fiksyen 302

Bismillahirrahmanirrahim.


"Kalau begitu, siapa yang melakukannya Lan Lani?" soal Dr. Rozlina.

"Zonan." Lan  Lani tertunduk wajahnya. 

"Dia roh jahat yang tidak berwajah," kata Lan Lani. 

Sebelumnya...

"Tuan, apakah saya akan dihukum gantung sampai mati?", tanya Jimmy Yeoh. 

"Kamu sekarang Jimmy Yeoh atau Zonan?" soal Alias. 

"Jangan sebut nama Zonan. Dia itu roh jahat yang tak berwajah."

Setelah Bumi Cinta, Fiksyen 302 menjadi pilihan saya. 






Fiksyen 302, merupakan karya Ramlee Awang Murshid, novelis THRILLER No 1 Malaysia. 

No 1.
 you're the one, the number one for Malaysian... ^^

Novel kedua karya beliau yang saya baca. Sebelum ini, novel 9 Nyawa menjadi permulaan saya untuk berjinak-jinak dengan novel bergenre thriller. Namun, 9 Nyawa belum cukup untuk membuatkan hati saya tertarik dengan penceritaan yang berbentuk thriller. 

Namun, Fiksyen 302, alhamdulillah, dengan izin Allah, mampu menarik minat saya untuk meneruskan diri ini berjinak terus dalam novel bergenre thriller,

 sejak dari awal saya melihat novel Fiksyen 302 di kedai buku Popular, BP Mall,

saya mulai tertarik.
Berapa kali saya pegang, letak balik di tempat asal. Kemudian, patah balik ke tempat buku, 
merenung seketika, kover buku sahaja sudah mampu menarik minat saya,
subhanaAllah, apatah pula penceritaannya. 


 

Fiksyen 302 merupakan, novel karya Ramlee Awang Murshid yang membuatkan saya jatuh cinta dengan karya beliau. InsyaAllah, ada rezeki ingin membaca novel beliau yang lain. 

Saya cuba untuk menukar cita rasa. 

Dari novel yang jiwang ke novel yang tidak jiwang. 
Hikhik.



Kerna, saya perasan, kini banyak novel yang ringan ceritanya, kebanyakkan mengenai cinta. [Pada pandangan saya ^^]
Cinta monyet,cinta tak kesampaian, cinta terhalang,cinta teruji,cinta dari sekolah,cinta terpisah seketika. 

Hum. Semua cinta.
Namun, saya mencari novel yang bukan hanya mampu menghiburkan hati malah jua novel yang bisa saya menimba ilmu darinya. 
Itu tidaklah bermaksud saya menolak terus novel-novel bergenre jiwang, tidak. Malah, masih juga menjadi pilihan, cuma saya ingin berehat dari membacanya. 

Saya tertarik lebih pada novel-novel yang dalam penceritaan, ada perkongsiaan, malah lagi mantop apabila dikaitkan dengan keTuhanan, Islam mahupun isu semasa. 
Contoh, novel Fauziah Ashari, ya, beliau juga lebih kepada berbentuk cinta, namun dalam pernceritaannya, tidak lupa diselitkan perkongsian. SubhanaAllah. 
Itu yang saya cari. Antara karya Fauziah Ashari yang ada di koleksi mini library rumah ibu ayah saya ialah, Setia menanti, ombak rindu,aku cinta kamu,duri,rindu cintaku kot, dan ada beberapa lagi. ^^


Habbiburrahman,
jangan dinyatakan, masyaAllah, novel-novel yang dihasilkan olehnya adalah penceritaan yang tercetus setelah dirinya mengkaji ayat-ayat cinta dari Allah, ayat Al-Quran. 
SubhanaAllah. Maka Allah jua lah yang berkuasa, Allah jua lah yang mengizinkan Habbiburrhaman untuk menghasilkan novel-novel yang mantap. Allahuakhbar.





Ramlee Awang Murshid.


SubhanaAllah, beliau jua tidak ketinggalan untuk berkongsi mengenai sesuatu. 
Pada pandangan saya, Fiksyen 302 ini menyentuh sesuatu yang berkait rapat dengan apa yang berlaku dalam negara kita, Malaysia. 
Saat membacanya, saya teringat tentang dua kes yang bagi saya tragis kesnya, malah rasa nya masih lagi tergantung-gantung kesnya. "

Kes apakah dia? 
Bacalah novel ini, insyaAllah, anda juga akan perasan akan hal itu. 

Secara jujur, membaca Fiksyen 302 bisa membuatkan saya merasa debar. 
Tertanya-tanya dan adakalanya saya juga merasa remang bulu roma. Al maklumlah baca waktu malam, waktu semua orang dah tidur, mana tak meremangnya. ^^

Sampai terbawa-bawa dalam mimpi. 
Dikejar Zonan. Hehehe. Merepek sahaja. 

Jadi, apa lagi, bagi anda yang masih lagi tak bacanya, yok-yok. Dapatkannya di pasaran.
InsyaAllah.

Waallahualam. ^^


[ Read More ]
Wednesday, May 23, 2012

Jalan dan baca.

Bismillahirrahmanirrahim.



Efficient.

Pada 19.Mei.2012, saya pergi ke BP Mall bersama dengan kakak saya.

Menonton wayang. Ingat lagi perbualan kami saat menikmati hidangan tengahhari campur sarapan pagi di Restoran Pizza Hut.


"So, lepas ini nak pergi mana?" Lembut, kakak saya bertanya.

"Kita pergi tengok tiket wayang, kalau ada cerita yang menarik dan ada budget yang cukup, kita tonton." Saya berkata perlahan sambil menikmati hidangan yang telah disediakan. 

Beberapa minit sebelum nya...

Saya memerhati sahaja keadaan di Restoran Pizza itu.
Hanya beberapa meja yang telah diduduki dengan pelanggan.Lagu Korea berkumandang.Sebelum itu lagu Melayu juga telah berkumandang. Saya lihat pekerja di restoran seperti kelam kabut, ada yang kelihatan bingung.

Seorang pekerja, saya lihat gelagatnya, berdiri membawa pinggan,kelihatan ragu-ragu, pergi ke satu meja dan dari caranya berkata-kata saya teka dia bertanya adakah hidangan yang ditangannya itu ada dipesan oleh pelanggan tersebut. Tidak lama, pekerja itu menundukkan sedikit kepalannya dan berlalu pergi, dan pinggan itu masih berada di tanggannya.

Pada sudut lain pula, saya lihat satu tubuh ini, kelihatan kelibut cara pergerakannya. Banyak tempat tujuannya. Dia juga seperti menjadi tempat rakan-rakan seperjuangannya mengajukan persoalan.

"Hum. Service lambat." Saya berkata perlahan, memandang kakak saya.

"Pelanggan tak ramai ini, tapi banyak  meja yang tak dapat lagi hidangannya," sambung saya. Kakak saya memandang keadaan dalam restoran tersebut. Kepalanya mengangguk kecil, mungkin mulai setuju dengan pandangan saya.

"Pekerjanya juga tidak mesra." Saya mengaggukkan kepala, tanda setuju dengan pandangan kakak saya.

"Mungkin, perkerja ramai yang tidak masuk lagi, nampak kelam kabut,"

"Mungkin." Kakak saya hanya tersenyum.

Ya, saya konklusikan, waktu itu pekerja masih lagi tidak ramai yang masuk kerja, jadi berlaku ketidak 'efficient'nya pada pandangan mata saya. Ya, telah tercapai efektifnya, namun tidak 'efficient'. Saya perasan, ada seorang auntie ini, tertoleh-toleh, terpandang-pandang, ibarat menanti hidanggannya. 



Saya terfikir, adakah memang begitu selalunya? 

Hum, bila saya pandang mereka, saya terfikir semula diri saya. 

Ya, adakah selama saya melakukan kerja, saya buat dengan 'efficient'? Apa yang dimaksudkan dengan 'efficient' ini? Andai saya silap, betulkan ya. Apa yang saya faham, ialah kita menggunakan masa mahupun unsur yang sedikit untuk mencapai sesuatu apa yang telah kita target. 




Berbeza pula dengan efektif. Efektif ini adalah kita berjaya mencapai apa yang telah kita targetkan. Tidak diambil kira berapa masa, atau berapa banyak yang telah kita gunakan hanya untuk mencapai sesuatu itu. Asal ianya berjaya, maka ia dikatakan EFEKTIF!!! 

Hum, jadi, sebagai tanda ingatan buat diri saya, insyaAllah, saya dan anda semua cuba untuk baiki diri, melaksanakan kerja dengan efektif jua efficient. InsyaAllah. 





Menonton wayang.

Filem "You Believe In Ghost" menjadi pilihan saya. Waktu itu, entah apa yang saya fikirkan, namun saya mengharapkan filem ini satu filem yang seram.

Ya, orang putih kata, "Don't expect too high from others", kerana apa ?

Kerna, mungkin sahaja kita bisa kecewa setelah itu...

Ya, saya expect filem ini mampu membuatkan dalam wayang nanti, penonton terjerit. Tidaklah terjerit-jerit, namun sekadar terjerit kecil tanda terkejut. Namun, filem "You Believe in Ghost" ini memberi yang lain. Lain yang bagaimana ?

Pertama kali saya menonton filem berkonsepkan hantu, namun digabungkan unsur-unsur emosi.
Dalam filem ini, diwujudkan 4 kisah, yang mana 2 darinya beremosikan sedih, 1 darinya berunsur seram sedikit, dan yang terakhir berunsur kelakar.

Bohonglah andai saya kata, saya tidak ada rasa kecewa, tapi alhamdulillah, dari 4 kisah itu, i learn something. I got something! Alhamdulillah! ^^

Dari kisah yang pertama, saya belajar, dalam bahasa mudahnya,

"Haaa.. Kalau bercakap itu, jangan cakap besar. Jangan ada rasa bongkak."
Cakap besar, berlagak, itu kan termasuk dalam sifat-sifat mazmumah. Sifat-sifat yang sepatutnya tidak perlu ada dalam diri manusia.

Ha, sifat apa yang perlu ada dalam diri kita ?

Ya. Sifat mahmudah. Ingat temanku, Allah suka hamba-hambaNya bersifat lembut, berakhlaq mulia. Allah bertambah sayang dan cinta pada hamba-hambaNya yang sebegini. 


Manakala, dari kisah yang kedua dan ketiga, yang berunsur sedih.

SubhanaAllah, tersedar saya seketika, kasih sayang ibu dan ayah ini, Allahuakhbar, hebat!
Entah kenapa, saat penghujung cerita itu, saat si isteri ini tertunduk, menangis di peha suaminya, hati saya merasa sebak. Air mata hampir bergenang.

Si isteri meluah rasa rindunya pada satu-satunya anak mereka yang telah lama pergi meninggalkan mereka. Saya merasa kagum dengan sikap si suami yang kuat dan tabah. Walau dirinya jua merasa rindu, namun disembunyikan rasa sedih nya itu, tidak pernah dia tunjukkan di hadapan isteri tercinta. Cintanya pada si isteri, menjadikan dirinya setia, walau ada satu ketika dirinya hampir dianggap gila. dia masih setia di samping isteri. Setia.

Lelaki yang kacak, adalah lelaki yang berlaku baik terhadap keluarganya. ^^

Walau tidak sehandsome mana suami saya nanti, namun, di hati saya, dirinya tetap yang terkacak di hati. ^^ insyaAllah.

Buku Owh Buku.

Alhamdulillah, berpeluang jua diriku ini merasai cuti semester ini. Alhamdulillah.

Saya kan jadi pelajar intersesi, hehe. Itu yang tak dapatlah nak merasai cuti semester yang panjang ini.

Doakan saya dapat keputusan yang baik ya dan insyaAllah graduate on time! Amiin Ya Rabb.

Cuti yang ada ini, seperti biasa, membaca buku menjadi pilihan saya dan pilihan pertama untuk pembacaan kali ini ialah satu lagi karya dari pengarang yang hebat, MasyaAllah. Siapakah dia?

SubhanaAllah, beliau ialah Habiburrahman el shirazy,


Kali ini, novel Bumi Cinta menjadi pilihan saya. Kali kedua saya membaca novel karya beliau, pertama kali saya membaca novel ketika cinta berbuah syurga. SubhanaAllah. 

Cerita terakhir yang dimuatkan dalam novel Ketika Cinta Berbuah Syurga begitu menyentuh hati saya jua mencuit hati saya. MasyaAllah. 
Kini, Bumi Cinta pula menjadi pilihan. Ya, sangat saya setuju bahawa novel Bumi Cinta ini satu novel pembangun jiwa. SubhanaAllah. 

Watak Ayyas, itu subhanaAllah. Tidak terkata apa yang ingin saya sampaikan. 
Namun, di saat-saat rahsia ingin disampaikan, saya sangat tertarik dengan cerita ibu Linor mengenai ibu kandung Linor atau nama sebenarnya Sofea. 

Saat membaca sebaris ayat itu, saya rasa sebak. 
Saat itu jua, hati saya membisikkan, "aduh,terasa!" 
Saat itu air mata mengalir. 

Akhirnya, penceritaan novel Bumi Cinta termasuk jua dalam mimpi saya. 
Allah. Waktu itu, cemasnya saya. 
Kerna apa? 

Naaa.. Baca dulu dong Bumi Cinta, baharu anda dapat rasa apa yang saya rasa atau anda telah terlebih dahulu merasainya? Hehe.


Akhirnya, saya sendiri terpikat pada karya Habiburrahman el shirazy. 
Saat saya membaca Bumi Cinta ini, alhamdulillah, sedikit sebanyak diselitkan jua mengenai bumi Rusia, mengenai psikologi.

Sejujurnya, saya tertarik mengenai psikologi. Teringat dahulu, saya pernah menjadikan psikologi sebagai pilihan saya untuk dijadikan course saya ingin, tapi diploma di UiTM tidak menyediakan pengajian itu.

Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat diri saya, dan juga anda semua. 



Waallahualam.

[ Read More ]
Sunday, April 15, 2012

Apa yang saya fikir III [PTPTN]

Bismillahirrahmanirrahim…

Hangat.Hangat.Hangat.
Hangat kah? Hehe.

Hum. Isu PTPTN. Huhu. Ya, saya juga adalah antara peminjam PTPTN. ^^


Demonstrasi Mansuhkan PTPTN.




14.April.2012.

Ya. Anda tahu apa yang terjadi? Huhu. Jujur, saya baharu semalam juga perihal demonstrasi itu hendak dibuat.

Memang tahu mereka sedang hangat dok kata pasal PTPTN ini, tapi terlepas pandang pula mengenai demonstarsi yang depa nak buat atau telah depa buat.

Ok. Apa yang saya fikir sebagai mahasiswa yang tergolong dalam golongan depa-depa yang menjadi peminjam ke? Alamak, tak tahu nak guna ‘term’ apa. Huhu.

Ok, tak mengapa. InsyaAllah, kita perbaiki naa.. ^^

Sebelum itu, ingin saya kongsikan pengalaman saya sebagai mahasiswa yang apabila saat-saat duit pinjaman PTPTN telah masuk dalam akaun bank.

Apakah perasaan saya mahupun perasaan teman-teman saya yang telah saya perhatikan.

            “Weiiii… Duit PTPTN dah masuukkkkk..”
            “Ye ka? Alamak, aku tak tgok lagi. Patutlah berduyun tadi kat atm.”




Bila hujung minggu…

            “Wah, banyak nya beli barang, ?”
            “Duit dah masuk. Apa lagi…” Gulp.Saya menelan air liur. Tergaru-garu saya saat itu.

Saya tak kisah andai barang-barang yang depa beli ini memang betul-betul untuk keperluan, tapi, sejujurnya, saya agak sedih dan ralat apabila ada yang membelanjakan wang pinjaman itu bukan kepada yang sepatutnya.

Contoh?
Ok. Kalau mahasiswi, semestinya. Baju, tudung atau segala apa-apalah yang bias mereka pergayakan.
Ok. Jujur, saya pun beli tudung, beli baju, tapi…

Kita kena pandai budget, kena bijak dalam pengurusan wang. Yup, boleh dikatakan saya seorang yang kedekut. Saya sangat berkira-kira untuk keluarkan duit, tapi, tak ada lah kedekut memanjang.
Kebiasaannya, saya akan lihat pada prioriti barang yang saya idamkan itu.

Contoh. Dalam kepala saya, saya kepingin nak beli t-shirt muslimah baharu, nak beli tudung baharu, nak beli buku-buku rujukan, nak beli handphone baharu. [Al-maklumlah, jadi orang kaya sat.]

TAPI…

Saya selalu tegaskan kat diri saya,
“Hang nak beli itu semua buat apa? Baju berlambak itu,! Tak payah! Pergi beli buku sana!!!”

Ha… Macam itu lah saya. Hehe.

Bila saya rasa ada duit yang cukup dan setelah berfikir panjang, baharulah saya akan beli apa yang saya mahu pada waktu lain.
Saya selalu ingat pesan mak dan abah, “duit ptptn itu, jimat-jimat. Tapi jangan sampai berjimat sampai tak nak beli makanan.” Heheh. Dush. Aduh, terasa. Hehehe.

Ok, itu pengalaman saya, anda?
So, nasihat saya buat saya dan juga anda, bersederhanalah. Islam mengajar kita besederhana dalam seluruuuuuuuh aspek. Termasuklah dalam mencintai dan menyayangi seseorang. Pernah dengar tak ungkapan,
“Jangan terlalu benci takut-takut bertukar sayang, dan jangan terlalu sayang, takut-takut bertukar benci.” And, yes. Benda ini terjadi.
So, Rasulullah kata, besederhanalah. Maka, kita? Bersederhanalah. InsyaAllah, sederhana itulah yang terbaik.

Back to the real topic, PEMANSUHAN PTPTN.




Ok, pada saat mula-mula saya dapat tahu, reaksi saya,

“Biar benar?”

Saat itu, saya terfikir, bagaimana dengan mereka yang keluarganya tidak berkemampuan dari sudut kewangan? Macammana nak bayar wang pengajian?
Saya tahu, UiTM adalah university yang mana wang pengajian hanya dalam lingkungan ratusan ringgit berbanding university yang lain. UTM sendiri, wang pengajian mencecah ribuan , betul tak? Begitu juga UIA. Saya garu kepala.

Ok. Kemudian, Allah pertemukan saya dengan satu pandangan dari seorang insan,

Insan itu kata, “Pandangan saya, tidak perlulah mansuhkan PTPTN, tapi tak perluah interest itu. Interest itu membebankan.”

Ya. Saya setuju.Saya nak bagi pandangan dalam sudut Islam, tapi saya tak habis kaji lagi, insyaAllah in next entry.

Kemudian, Allah pertemukan saya lagi dengan satu lagi pandangan,
“Mansuhkan PTPTN, berikan pendidikan percuma.”
Owh… Saya tersenyum sendirian. Saya tak berapa nak ingat , tapi saya ada terbaca disudut akhbar mengenai Negara mana ya yang mereka tak ada sumber minyak, namun mereka mampu memberi pendidikan percuma. Tak pasti, sama ada betul ke tak apa yang saya tulis ini, nanti anda cuba kaji semula ya. [Sumber tak kukuh.] Hehe.

Jadi, relevan tak untuk mansuhkan PTPTN ini?

Secara jujurnya, saya pun masih blur-blur lagi. Huhu. Yang pasti, insyaAllah, ada jalan dan caranya untuk selesaikan masalah ini, sebabnya isu PTPTN ini bermasalah saat mahasiswa telah tamat belajar, depa , [termasuk saya] kena bayar hutang yang terlampau banyak. Mengapa jadi banyak?
Hal ini terjadi tak silap saya disebabkan interest atau caz perkhidmatan kot. Huhu. [Maklumat k.o betol lah den ini.]

Jadi, saya harap pihak kerajaan selesaikan lah isu dengan sebijak-bijaknya.
Hati-hati, kerana tindakan anda akan memberi impak kepada mahasiswa yang bakal mengundi untuk PilihanRaya akan datang ini. Hati-hati sebab, mahasiswa sudah bangkit.


Perbuatan saat demonstrasi pemansuhan PTPTN.

Saya dapat tahu,demonstrasi itu diketuai oleh Adam Adli. ^^

Wohoo. Saya minat juga abang itu.
Ok, teman-teman yang dikasihi Allah, seperti yang kita tahu, manusia itu , tak sempurna.
Jadi, ada sesuatu yang saya rasa tak kena dengan apa yang telah terjadi saat demonstrasi itu.

Ok, saya puji, saya suka dengan depa yang bangkit yang menyatakan suara-suara mahasiswa dengan tampil ke hadapan, pergi buat demonstrasi ini semua.
Secara jujurnya, saya suka sikap mereka yang berani itu. Kenapa?

Sebab…
Saya rasa apa yang mereka lakukan itu sedikit sebanyak akan membuat pihak kerajaan ‘alert’ dengan mahasiswa mahasiswa di Negara kita.

Tapi, ada sesetengahnya yang saya rasa tidak perlulah dilakukan.
Apa-apa pun, kita kena kembali kepada Islam.
Pandangan saya, kita semua mahasiswa, perlu bijak dalam berhadapan dengan pihak atasan.
Jadi, nasihat saya, segala tindakan yang diambil, fikir betul-betul ,jangan membuat keputusan mengikut nafsu amarah semata-mata.

Akhir Kata

Saya tak tahu kesahihan tentang duit-duit rakyat yang telah dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu. Namun, saya harap, depa ini sedar. Sedar bahawa, rakyat berhak mendapat hak mereka.

Kalau benar 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian DiUtamakan, 

jadi buktikan.

Jangan hanya berkata-kata. 

Buktikan. Mahasiswa itu siapa? Bukan kah rakyat? Jadi, selesaikan isu ini dengan bijak.

Hati-hati bagi mereka yang leka dengan duit ini, duit ini sangat bahaya. Serius!
Mahasiswa, jangan terlalu emosi. InsyaAllah, Allah akan datangkan yang terbaik buat kita semua. Teruskan perjuangan anda.

InsyaAllah. Waallahualam.

Lapar lah pula… Allah… ^^

nurMusfirahAI


[ Read More ]

Followers