#Post Title #Post Title #Post Title
Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts
Monday, December 27, 2010

Halal ke??

Bismillahhirrahmanirrahim…

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam.. Bersyukur ku ke hadrat Ilahi atas segala nikmat dan kurniaanNya.. Insyaallah, semoga diri ini sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang telah Allah pinjamkan kepada diriku yang hina ini…
Insyaallah, pada ‘enteri seminggu sebelum pulang ke UiTM Segamat di Hatiku’ insyaallah saya akan update bl0g ku yang akan bersarang kembali setelah aku kembali ke Segamat. Hehe, alahai macam poyo je ayat saya ni.

Teman-teman yang dikasihi oleh Allah swt, ingin saya kongsikan sesuatu perkara yang membuatkan saya tertanya-tanya.. Apakah perkara tersebut?
Hum, tonton tak ‘Majalah 3’ episod yang bertarikh 25.Disember.2010? Sesuatu yang agar meragukan telah menghantui fikiran saya.. eceh..eceh..

Alhamdulillah, liputan pada kali itu mereka memaparkan tentang kemajuan di Korea. Subhanallah, sungguh indah dan cantik ciptaan Allah. Sungguh, saya sangat terpesona dengan keindahan di Korea.  Pernah juga saya angan-angan untuk menjejakkan kaki saya ke bumi Korea itu. Kerana apa? Kerana saya ingin melihat keindahan Allah yang sangat indah itu.. Subhanallah…

Baharu ni, ada cerita drama baharu yang bertajuk ‘Seruan Pulau Nami’ yang dilakonkan oleh Elly Mazlin dan juga Zizan Nin. Nama drama pun dah ada ‘Pulau Nami’ memang sahlah banyak ‘shooting’ di Korea.Teringat perbualan saya dengan akak saya..
“Kak ja, agak-agak ada tak eh jurusan Sains Komputer kat Korea? Manalah tahu ada rezeki dapat sambung belajar kat sana bersama suami tercinta..”
Hahaha.. Sempat lagi berangan~~ Haish….
Maaf, dah banyak sangat melencong ni. Ok, kita kembali pada topic yang sebenar.. Apa yang sedang menghantui diri saya ialah krew-krew ‘Majalah 3’ telah membuat liputan di sebuah restoran yang terkenal di Korea. Antara sajian yang disajikan kebanyakannya adalah bahan yang dimasak menggunakan ikan dan juga sayur-sayuran.  Apa yang memeranjatkan saya, krew-krew ‘Majalah 3’ telah memakan hidangan yang telah disajikan oleh restoran itu.  Saya berasa amat terkejut dan pelik. Bagaimana mereka dengan selera dapat memakan makanan tersebut sedangkan mereka tidak tahu adakah makanan tersebut halal atau tidak. Ya, mungkin sesetengah akan berkata......

“Ah, mungkin sahaja mereka sudah diberitahu tentang ‘halal’ makanan tersebut” atau mungkin juga akan ada yang berkata “ala setakat makan makanan yang dibuat daripada sayur dan ikan. Boleh je makan..”

Seandainya mereka sudah diberitahu yang makanan itu halal dimakan, mengapa pihak ‘Majalah 3’ tidak menyatakannya sebagimana mereka menyatakan salah sebuah restoran yang menjual nasi beryani milik seorang lelaki Iran. Pada awal-awal lagi, pihak ‘Majalah 3’ dengan jelas ,terang dan nyata telah memberitahu bahwa restoran itu halal makanannya. Jadi, bagaimana mereka boleh memakan makanan yang tidak diketahui ‘halal’nya dengan berselera? Allahuakbar…

Perkara ini saya bincangkan bersama keluarga saya semasa menikmati hidangan tengah hari..

Kakak saya menceritakan bahawa salah seorang lecturer di tempatnya bekerja baru pulang dari Korea, dan pensyarah tersebut menyatakan yang untuk mencari makanan dan restoran yang halal sangatlah susah…
Baiklah ingin saya nyatakan, sungguh pun pada mata pandangan kita, restoran tersebut bersih, mereka yang memasak hidangan itu juga bersih orangnya, namun ia nya tidak membolehkan kita sesuka hati memakan sesuatu makanan yang tidak sahih tentang status halal makanan tersebut!

 Sungguh, saya agak kecewa kerana boleh dikatakan majoroti krew-krew ‘Majalah 3’ merupakan orang Melayu dan beragama Islam.. Allahuakbar, tidak ingatkah mereka pada firman Allah yang menyuruh kita memakan makanan yang halal…….
Kita yang berada di Malaysia juga perlu berhati-hati tentang status halal sesuatu makanan. Hal ini kerana, biarpun sudah memiliki tanda atau cop halal, namun kita perlu juga berhati-hati kerana banyak kes yang berlaku iaitu kadang kala tanda halal itu tidak disahkan oleh pihak JAKIM. Allahuakbar..
Insyaallah, semoga kita berhati-hati dalam pembelian makanan. Seandainya anda ragu-ragu, tidak perlu lah membelinya….

Alhamdulillah, buat malam ini, cukuplah setakat itu sahaja, mata saya juga mulai ngantuk.

Alhamdulillah, banner dah siap,walaupun terpaksa buat semula akibat kecuaian saya tidak meng’save’ dan apabila laptop hang maka hilanglah.. Alhamdulillah, itu semua tarbiyah.. Insyaallah saya akan berlajar tok jadi kuat.. Amin..
Kesempatan ini, ingin saya ucapkan Terima kasih buat Abang Remy (ayah) yang telah membelikan 2 dvd software Adobe Photoshop.. Alhamdulillah , terima kasih juga buat kak baq yang sudi membantu saya biarpun melalui ‘YM’ hehe dan terima kasih sebab kak baq sudi jadi watak utama kerana sewaktu proses belajar, berlakulah sedikit drama antara saya dengan kak baq.. Hahahaa…

Alhamdulillah, buku ‘Kuasa Kepimpinan Al-Fateh’ kini ada di hadapan mata saya.. Alhamdulillah, tahniah saya ucapkan pada Ustaz Syaari yang telah Berjaya menghasilkan sebuah buku yang mantap.Insyaallah..
Semasa mengikuti kem bwah Ustaz Syaari, ustaz banyak menekankan tentang pemimpin hebat ini.
Insyaallah,next entery coming soon k ling..
Wallahualam..

[ Read More ]

Followers