"يَا بَدْرَتِمٍّ حَازَ كُلَّ كَمَـالِ",
"مَا ذَا يُعَبِّرُ عَنْ عُلاَكَ مَقَالِيْ",
Si kecil mengikut qasidah yang dipendengarkan oleh mamanya. Sambil menanti omelet nya, terangguk-angguk kepalanya mengikut alunan qasidah itu. Tangannya jua di hentak-hentak perlahan di atas meja makan,mengikut irama qasidah 'Ya Badrotim'.
Fatehah mengambil pinggan kecil, mulutnya mengukir senyuman, sekilas memerhati gelagat si kecil yang seronok mengikut qasidah yang sengaja dipendenggarkannya.Omelet buat si kecil telah siap dimasak, sempat dia mencium aroma omelet yang baharu sahaja diletakkan di pinggan.
"Alhamdulillah, ok sayang mama. Omelet dah siap," kakinya melangkah ke arah anaknya yang dari tadi setia menanti dirinya atau lebih tepat menanti omelet nya.
Mata si kecil membesar, bibirnya mengukir senyuman yang sudah cukup mentafsirkan dirinya begitu gembira kerna makanan kegemarannya telah siap dimasak. Sudu dan garpu plastik yang telah tersedia di hadapannya di pegang lalu dihentakkan secara perlahan.
"Yeah!!!"
"Sayang mama!," satu ciuman diberikan buat mama nya,
Fatehah senyum, kepalanya digelenggkan, "Oppsss...," Pinggan yang masih elok di tangannya mula dijauhkan dari anaknya, Umar. Jarinya membuat isyarat,'No,no,no'.
Umar memandang mama nya hairan. "Why mama?"
Umar memandang mama nya hairan. "Why mama?"
"Umar lupa ya? pesan mama," Umar berfikir sejenak.
Satu,dua,tiga saat berlalu.
"Owhh... Umar, tahu!" Umar tersengih, menyedari kesilapannya.Fatehah mengangkat kening, membuat muka yang meminta si kecil memberitahu apa yang dipesannya.
"Hehe.Umar lupa nak cakap Alhamdulillah,right mama?" Fatehah senyum sambil menganggukkan kepalanya, "SubhanaAllah, solehnya anak mama.Then,who should you thank first?"
"Allah,"
Umar tersenyum. "Alhamdulillah, thank you mama." sambungnya lagi. Kini omelet kegemarannya telah berada di hadapannya. Bibirnya bergerak kecil, kedengaran bibirnya membaca doa makan. Fatehah pula sudah sibuk membersihkan apa yang perlu, setelah siap semua yang perlu dibersihkan, dia mencapai gelas comel yang mempunyai corak Pooh, lalu bergerak ke peti sejuk, mengambil Jus orange dan dituang jus tersebut ke dalam gelas yang diambilnya. Gelas itu diletak berdekatan anaknya. Si kecil yang berusia 4 tahun tersenyum, begitu selera dia menjamah omelet nya.
Petang itu,Fatehah duduk di luar menanti suaminya pulang dari tempat kerja, sejak berkahwin, awal-awal lagi si suami mengusulkan cadangan agar setelah habis pengajian hanya menjadi suri rumah sepenuh masa. Tersenyum kecil dia mengingati peristiwa itu.
"Sayang," Fathuddin menghulurkan tangan, menarik lembut tangan si isteri untuk duduk bersama di sisinya, Fatehah yang baharu dinikahi seminggu yang lalu masih kelihatan malu-malu, jelas wajah si isteri kemerah-merahan saat dirinya memanggil Fatehah dengan panggilan 'sayang' dan saat itu jua pasti dirinya akan menyakat isterinya sama ada dengan lisan mahupun perbuatan dan hasilnya wajah si isteri makin jelas menunjukkan yang dirinya cukup malu. Setiap kali itu juga,pipi isterinya akan disentuh,merasa kehangatan 'malunya' si isteri,Nur Fatehah.
Fatehah di sisi hanya diam, memandang si suami dengan wajah persoalan. Bibirnya mengukir senyuman. Namun, Fathuddin masih diam, walau diam, matanya tidak berganjak dari merenung wajah Fatehah, bibir Fathuddin mengukir senyuman,merenung isteri yang tidaklah secantik artis-artis wanita di Malaysia,dalam hatinya terdetik, 'cantikkah artis di Malysia? Isteri aku lagi cantik,hehe.'Namun wajah si isteri sentiasa menyejukkan pandangannya, bahkan jiwanya. Cantiknya si isteri tidak pernah dilihat dari paras rupa, malah akhlak jua ilmu si isteri yang memikat hatinya.
Fatehah mengerutkan dahi, "Abang,?"
"Tersenyum-senyum pula dia, kenapa ?" , suara lembut milik Fatehah mematikan lamunan Fathuddin. Dia menggelengkan kepala, lantas tangan si isteri yang masih lagi kemas dalam genggamannya di gengam penuh kasih.
"Hummm..."
"Hummmm???," Fatehah menagih jawapan.
"Abang ada permintaan," Matanya memandang mata si isteri.
"Apa dia?",
"Sayang jadi suri rumah sepenuh masa boleh?", ujar Fathuddin sambil tersenyum.
Fatehah terkejut dengan permintaan si suami. Namun, dia senyum kemudiaannya.
"Boleh sayang tahu kenapa tiba-tiba?Sayang habis belajar pun belum abang,", tanya Fatehah lembut, secara jujurnya agak berat dirinya untuk melaksanakan permintaan si suami,hasratnya untuk membantu si suami setelah tamat pengajiaannya, namun dia tahu tidak boleh dia membuat keputusan secara melulu tanpa mendengar penjelasan dari suaminya. Dirinya yakin, Fathuddin mempunyai hujahnya tersendiri.
"Humm,insyaAllah, pendapatan abang cukup untuk menampung kita sekeluarga. Abang ingin sangat isteri abang jadi suri rumah sepenuh masa supaya insyaAllah bila anak-anak kita mulai hadir dalam hidup kita, abang ingin sayang sentiasa bersama mereka ,malah sayang merupakan tenaga pengajar yang pertama sekali buat anak-anak kita,insyaAllah.Boleh sayang?"
Fathuddin bertanya lembut, dalam hati dia mohon agar Allah melembutkan hati si isteri untuk menerima cadangannya. Lama Fatehah diam. Wajah si suami dipandang, dilihat suaminya tidak lekang mengukir senyuman.
"Humm, sebenarnya abang ada cadangan, abang benarkan sayang untuk bekerja, tapi di rumah."
Fatehah yang masih setia mendengar, mengerutkan dahi.
"Macam mana itu abang?" Fathuddin tersenyum. "Ini cadangan abang sahaja ya, why not sayang buat business ?"
"Sayang kan ada pengalaman dalam bidang perniagaan ini,dan abang rasa bidang yang sayang ceburi ini,membolehkan sayang untuk buat perniagaan.Bukankah berniaga itu merupakan sunnah juga?"
Fatehah diam. Dia berfikir sejenak,ya,memang tidak dinafikan dirinya mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan, namun hanya kecil-kecilan dan perniagaan yang dijalankan bersama sahabatnya adalah antara faktor untuk mereka mencari sumber kewangan bagi menampung kehidupan mereka sebagai mahasiswa juga bagi menjalankan antara sunnah Rasulullah.
Ya, dia bersetuju dengan pandangan suaminya, berniaga merupakan sunnah Rasulullah andai niat dan caranya benar-benar mengikut sistem muamalat yang telah Allah sediakan buat hamba-hambaNya.
Terngiang-ngiang pesanan dari sahabatnya saat awal-awal dirinya ingin menceburi bidang perniagaan, "Hendak berniaga ini, niat perlulah ikhlas kerana Allah, apabila ikhlas kerana Allah, insyaAllah yang sukar jadi mudah. Memang setiap kerja yang kita buat ada cabarannya sendiri,ada risikonya. Begitu juga dengan berniaga.Ingat,usahawan yang paling hebat siapa? Naa, Rasulullah bukan? Jadi, contohilah Rasul kita,"
"Boleh sayang?" Kali kedua soalan itu diutarakan sekaligus mematikan lamunan Fatehah. Melihat si isteri masih diam membisu,dia berkata lembut, "Abang tidak memaksa, andai sayang tak setuju, tidak mengapa. Sayang jangan buat keputusan sebab simpati dengan abang atau sebab abang yang suruh, abang tak mahu itu.Ya, memang seorang isteri kena patuh pada kata-kata suaminya, tapi, abang bukanlah seorang yang tidak boleh dibawa berbincang."
Fathuddin tersenyum.Tangan isterinya diusap penuh cinta.
"InsyaAllah, abang jenis yang flexible, sayang berhak untuk suarakan pandangan sayang malah abang sangat perlukan teguran dari isteri abang andai ada perkara yang abang buat itu salah. Abang pun manusia. Jadi, abang nak isteri abang buat keputusan sebab Allah, apa jua keputusan sayang, abang terima." Fathuddin tersenyum. Tangan isterinya dikucup. Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya.
Fatehah tersenyum, dalam hati dirinya membaca kalimah basmallah,dia setuju dengan cadangan suaminya,untuk membuat perniagaan,Fatehah akan memikirkannya secara perlahan-lahan,tidak mahu dirinya tegopoh-gopoh.
"Ok, sayang setuju."
"Betul ini?" Fatehah menganggukan kepala. Lantas tubuhnya dipeluk erat.
"Alhamdulillah, terima kasih sayangku Nur Fatehah," Pelukan kian renggang, lalu pipi si isteri dikucup.Lama. Fatehah malu. "Hehehe, abang tahu sayang tengah malu ini,"
Fathuddin tersenyum melihat reaksi isterinya. Fathuddin ingin menjadi seorang suami yang bukan sahaja hanya bijak mencari keperluaan fizikal isterinya malah jua keperluan emosi si isteri. Dia ingin menjadi seperti Rasulullah yang melayani para isterinya dengan begitu santun malah Anas r.a pernah berkata,"Aku tidak pernah melihat manusia yang lebih mencintai isterinya melebihi Rasulullah s.a.w", SubhanaAllah. Fathuddin juga ada membaca satu buku yang menceritakan betapa romantisnya Rasulullah dalam menggauli serta melayan isteri-isteri baginda,ada dinyatakan bahawa Rasulullah dalam menyatakan tanda sayang jua cinta pada para isterinya bukan hanya dengan lisan malah jua melalui perbuatan baginda. Komunikasi dengan isteri-isteri baginda dalam bentuk perbuatan menjadi satu perkara yang tidak baginda lupa untuk buat dalam hari-hari baginda bersama isteri-isterinya. SubhanaAllah.
Bunyi deruman enjin kereta mematikan lamunan Fatehah.
Fatehah bangun dari duduknya. Senyuman telah terukir di bibirnya.
Fathuddin yang masih dalam kereta, sudah berbunga-bunga saat melihat satu susuk tubuh yang mengenakan t-shirt muslim bersama seluar track suit serta bertudung labuh. Rindunya dirinya untuk melihat wajah wanita itu sehingga terbawa-bawa ke pejabat. SubhanaAllah, nikmat 'syurga dunia' yang telah Allah kurniakan buat dirinya.Bersyukur dirinya ke hadrat Ilahi.
Fathuddin yang kepenatan, terus hilang penatnya dek melihat manisnya senyuman si isteri yang setiap hari setia menanti dirinya. SubhanaAllah.Alhamdulillah.
"Assalamualaikum abang sayang," ujar Fatehah, beg laptop milik suaminya ingin diambil, namun seperti biasa akan dihalang oleh si suami. Kepala Fathuddin digelenggkan.
"Waalaikumussalam isteri abang yang solehah lagi comel,"
"Hum.. Sayang ini, abang kan dah habaq mai, toksah bawakan beg abang, berat taw," pipi isterinya dicubit lembut. Fatehah hanya tersenyum. Lengan suaminya dipaut.
"Umar Nafi' mana sayang? Sampai hati tak tunggu abang hari ini,hehe," Fathuddin ketawa kecil. Kebiasaannya, Umar akan menemani Fatehah menanti dirinya, namun tidak pula hari ini.
"Anak soleh abang itu, dari tadi seronok sungguh dia ikut qasidah 'Ya Badrottim' itu abang,"
"Owh ya?" Fathuddin duduk di sofa. Beg laptopnya di letak di atas meja. Tali lehernya di longgarkan, terasa sesak pula dengan tali leher yang dipakainya. Stokingnya dibuka satu persatu.Kepalanya disandarkan.
"Iya, dari pagi tadi, sampai masa sayang tengah buatkan omelet dia, tak berhenti dia mengikut alunan qasidah itu abang," Fatehah berlalu ke dapur, menyediakan jus orange kegemaran suaminya. Melihat keadaan suaminya yang keletihan itu, dia merasa simpati.
Tubuh suaminya dihampiri, "Abang, airnya." Fathuddin membuka matanya, melihat si isteri yang berdiri bersama gelas di tangan,dia tersenyum.Dia menepuk-nepuk sofa di sebelahnya, Fatehah faham akan maksud si suami. Lantas, dia mengambil tempat di sisi suaminya, gelas kini telah bertukar tangan.
Jus oren mula diteguk setelah kalimah basmallah dibaca.
"Alhamdulillah, lega tekak abang,"
Pasangan suami isteri ini tersenyum bahagia.
Fatehah memandang suaminya, tangannya mula menyentuh bahu suaminya. Perlahan bahu itu diurut.
"Alhamdulillah, bestnya. Tiap-tiap hari ada orang urut abang, free of charge pula itu," Fathuddin bergurau dengan isterinya.
"Amboii abang, suka ya dia. Mestilah free of charge sebab abang dah berikan sayang segala-galanya, jadi abang tak perlulah bayar charge urut ini," Kedengaran Fathuddin tergelak kecil.
"يَا بَدْرَتِمٍّ حَازَ كُلَّ كَمَـالِ",
"مَا ذَا يُعَبِّرُ عَنْ عُلاَكَ مَقَالِيْ",
" أَنْتَ الََّذِيْ أَشْرَقْتَ فِيْ أُفُقِ الْعُـلا"
"فَمَحَوْتَ بِالأَنْوَارِ كُلَّ ضَلاَلِ"
Kedengaran suara Umar mengalunkan qasidah Ya Badrotim. Fathuddin dan Fatehah tersenyum.
Umar yang melihat susuk tubuh ayahnya, mula berlari kecil,mendapatkan ayahnya.
"Anak ayah seronok ikut qasidah Ya Badrotim?"
Umar menganggukan kepala. "Haah ayah, best!"Ibu jarinya dibuat tanda 'good'.
"Mama selalu buka video qasidah yang abang-abang kat tahfiz itu ayah, lama-lama Umar pun dah terikut-ikut,"
"Alhamdulillah,"
"Umar tahu tak Ya badrotim itu maksudnya apa?" Umar menggelengkan kepala, kini dirinya berada ditengah-tengah mama dan ayahnya. Matanya yang bulat itu memandang ayahnya.
"Ya badrotim itu maksudnya wahai purnama,"
"Qasidah yang Umar baru sebut-sebut itu kalau dalam bahasa Melayunya maksudnya...,"
Belum sempat Fathuddin ingin menyatakan maksudnya, si kecil meminta sesuatu.
"Ayah alunkanlah qasidah Ya Badrotim ini dalam bahasa Melayu," Fatehah hanya tersenyum melihat keletah si kecil bersama suaminya.
"Pulak dah?" Fathuddin tergaru-garu. Namun, senyuman masih tidak lekang dari bibirnya.
"Ya lah ayah.Bila ayah sampaikan dalam bahasa Melayu, baharulah Umar faham,boleh ya ayah," Matanya yang sudah semula jadi bulat, makin dibulatkan. Membuat muka comelnya di hadapan ayahnya. Fathuddin hanya menganggukan kepala. Nafas ditarik, lalu dihembus perlahan. Penat di pejabat masih ada namun melayan kerenah si kecil menghiburkan jiwanya. Melihat si isteri solehah menenangkan jiwanya. Alhamdulillah.
"Wahai purnama,wahai purnama,
Wahai purnama yang indah lagi sempurna."
"Bagaimana,bagaimana nak ku luah dengan kata-kata,"
"Engkau menyinar di alam tinggi,di alam tinggi,"
"Terangi kegelapan dan kebatilan,"
"Denganmu alam bergemerlapan,bergemerlapan,"
"Zahir batin nur nikamat dan kemuliaan,"
صَلَّى عَلَيْكَ اللََّهُ رَبِّ دَآئِمًا"
أَبَدًا مَعَ الإِبْكَـارِ وَالآصَـالِ
وَعَلَى جَمِيْعِ الآلِ وَالأَصْحَابِ مَنْ
"قَدْ خَصَّهُمْ رَبُّ الْعُلاَ بِكَمَالِ
Umar menepuk tangannya. "Ayah, merdunya suara ayah..." Umar tersenyum.
Fatehah dan Fathuddin juga tersenyum.
"Alhamdulillah,milik Allah semuanya itu sayang, "Fathuddin mengusap kepala anak lelakinya itu.
"Sayang mama nak tak masuk sekolah tahfiz macam abang-abang kat video itu?"soal Fatehah. Fathuddin hanya diam, melihat reaksi si kecil di sebelahnya.
"Nak mama.Umar nak belajar agama macam abang-abang itu,nak hafaz al-quran." Umar berkata dengan wajahnya yang berseri-seri. Fatehah tersenyum.Kepala anaknya diusap lembut,
"SubhanaAllah,soleh anak mama dengan ayah. InsyaAllah, bila dah tiba waktunya,Umar akan belajar macam abang-abang itu,betul tak ayah?"Fathuddin menganggukan kepalanya. Bibirnya juga mengukirkan senyuman.
"Wahh... seronoknya," Umar tersenyum riang.
"Mama, ayah qasidah ya Badrotim ini sebenarnya untuk siapa?"
"Qasidah ya Badrotim ini ialah satu puisi mengenai Rasul kita, Nabi Muhammad s.a.w," Fatehah menjawap persoalan si kecil. Di lihat suaminya mula bersandar semula, matanya juga mula terpejam semula.
Umar menganggukkan kepalanya. Fatehah memandang anaknya, jarinya dihalakan ke arah suaminya, Umar memandang ayahnya, dia tersenyum kemudia kembali menghadap mama nya. Jarinya diletakkan berhampiran bibirnya.Fatehah tersenyum,faham akan erti anaknya itu.
"Umar Nafi' nak tahu tak, Rasulullah sangat rindu kan kita," Mata Umar tidak berkelip. Dia memandang mama nya. Mendengar satu-satu kata-kata mama nya itu.
"Maksudnya mama?"
"Hum...maksudnya, Nabi Muhammad walaupun baginda tidak sempat untuk bertemu dengan kita, namun baginda sangat-sangat rindu untuk bertemu dengan kita," Fatehah berhenti berkata,seketika. Matanya melihat suaminya seketika, masih lagi memejamkan mata. Terdetik rasa simpati buat si suami.
"Mama," Bahu Fatehah dicuit, si kecil menagih ceritanya agar disambung semula.
"Hehe. Sorry sayang,"
"Ada satu hari itu, Nabi Muhammad bersama dengan para sahabat, kemudian baginda meluahkan rasa rindunya pada kita,waktu itu para sahabat semua tertanya-tanya,siapakah gerangan yang Rasulullah rindukan. Apabila Rasulullah menyatakan bahawa baginda rindu umatnya yang lahir setelah kewafatan baginda,waktu itu Rasulullah berkata dalam keadaan sebak,sehinggakan waktu mama baca pun mama menangis. Mama dapat rasa rindu itu."
Fatehah memandang anaknya.
"Sayang dan cintanya Rasulullah pada kita semua sampailah saat akhir hayat baginda, masih lagi baginda ingat pada kita malah baginda memikirkan umatnya. Ayat terakhir yang meniti di bibir Rasulullah, 'Umatku,umatku,umatku,'.Sedih sayang, setiap kali mama baca mahupun dengar ceramah berkaitan kewafatan baginda, mesti mengalir air mata mama."
Air mata yang bergenang,ditahan. Umar mendengar dengan penuh khusyuk.
"Mama, jangan nangis, nanti Umar pun sedih," Umar berkata sambil tangan kecilnya menyentuh tangan mama nya. Fatehah hanya menganggukkan kepala.Bibirnya mengukir senyuman.
Dia yakin, sesiapa sahaja, saat mendengar kisah kewafatan Rasulullah pasti akan mengalirkan air mata. Allahuakhbar, hebatnya perjuangan Rasulullah, hebatnya cinta baginda pada umatnya.Fatehah juga yakin cinta umat Nabi Muhammad tidak dapat menandingi cinta dan rindu Rasulullah.
"Sayang, naik atas dulu ya, mama nak kejut ayah." Fatehah mengusap rambut anaknya.Dahi si kecil dikucup lembut.Lama.
"Ok mama," Umar tidak membantah. Kaki kecilnya mula melangkah pergi meninggalkan mama dan ayahnya.Dia menaiki satu persatu anak tangga, menuju biliknya. Qasidah Ya Badrotim tidak lekang dari bibirnya.
Fatehah melihat suaminya.Wajah lembut itu direnung.Dia mengukir senyuman.
"Sayang buat apa, tenung abang lama-lama?", suara Fathuddin menggejutkan Fatehah. Terangkat bahunya sebagai tanda refleks. Bahu suaminya ditampar lembut. Pipinya mula terasa hangat. Fathuddin membuka matanya, melihat wajah isterinya yang mulai kemerah-merahan,dia ketawa kecil.
"Sayang abang ini, dah 5 tahun kita kahwin , tak hilang lagi malu dia ya," Fathuddin tergelak kecil. Pipi isterinya disentuh, kelihatan si isteri sudah memuncungkan bibir. Dahulu, saat awal-awal pernikahan mereka, andai diusik si suami, Fatehah jarang menunjukkan rajuknya, namun setelah beberapa tahun berkongsi hidup bersama Fatehah, isterinya itu sudah mula pandai merajuk dengan dirinya. Namun, rajuk isterinya itu tidaklah selalu malah andai merajuk hanya seketika sahaja,kerna Fathuddin tahu penawar untuk menggembalikan senyuman dibibir isterinya.
"Abang ini, malu kita." Fatehah menepuk pula bahu si suami. Fathuddin ketawa. Bahagia hidupnya bersama isterinya ini.
Bahu isterinya dipeluk. Pipi si isteri dikucup lembut. Fatehah, isteri pilihannya sendiri.Bertemu hanya beberapa kali, namun setiap pertemuan tidak pula berlaku perbualan.Akhir pertemuan sebelum dia mengambil keputusan untuk meminang Fatehah adalah saat pertemuan di rumah datuknya. Waktu itu dirinya yang menyambut Fatehah sekeluarga. Tatkala terlihat wajah Fatehah, terkejut dirinya, bagaimana si gadis pilihan bisa berada di rumah datuknya,setahunya rumah si gadis di Selangor. Namun,persoalannya mulai terjawab apabila dirinya mendapat tahu datuk Fatehah merupakan sahabat rapat datuknya. Saat itu, dirinya gembira bukan kepalang. Terasa Allah memudahkan urusannya untuk meminang si gadis solehah.
"Qasidah badrotim yang kumpulan nasyid abang alunkan saat pertandingan nasyid di universiti,paling merdu sayang pernah dengar."
Fatehah menyandarkan kepalanya ke bahu suaminya. Fathuddin tersenyum, hidung isterinya dicuit. "Manjanya dia,Alhamdulillah, dan waktu itu sayang jatuh cinta dengan abang ya?" Fathuddin mencuit hidung isterinya.
Fatehah tersenyum cuma.
"Nak manja dengan siapa lagi kalau bukan suami sayang yang soleh lagi handsome ini,"Fatehah menggengam erat tangan suaminya.
Pertama kali melihat suaminya sewaktu pertandingan nasyid yang diadakan di universitinya. Fathuddin merupakan vokalis utama, saat mendengar suara suaminya, hatinya telah terpikat dengan indahnya suara kurniaan Allah, namun,saat matanya memandang ke layar putih, jantungnya berdebar. Hanya seketika sahaja matanya dihalakan ke layar putih.Tidak pernah menyangka insan yang dia minat dalam diam yang datang merisik. Sungguh, dia terkejut, kerna waktu itu,tidak pernah dia berfikir secara serius akan perasaan minatnya terhadap suaminya itu. Dia hanya menganggap perasaan debar itu sebagai satu rasa yang mungkin biasa dirasai oleh setiap insan saat melihat indahnya ciptaan Allah. Tidak pernah pula dirinya ketahui Fathuddin secara diam-diam merisik perihal dirinya. Malah, saat beraya di rumah sahabat datuknya di Johor,tekejut dirinya saat terlihat gerangan yang menyambut dirinya sekeluarga. Tidak lama selepas itu, suaminya berkunjung ke rumahnya dengan niat yang ikhlas, untuk menjalankan ibadah juga sunnah Rasulullah.
Kedua pasangan itu tersenyum bahagia. Bersyukur kedua pasangan itu atas kurniaan Allah s.w.t. Dipertemukan dengan pasangan yang soleh solehah. Fatehah bersyukur, cintanya pada si suami menambahkan lagi rasa cintanya pada Yang Esa,begitu juga Fathuddin.
Setiap minggu, Fathuddin dan Fatehah akan membuat 'Usrah Cinta', hanya mereka sekeluarga. Fathuddin bersyukur, walau saat dirinya menikahi isterinya,ketika itu dirinya baharu sahaja berusia 24 tahun dan Fatehah waktu itu berusia 20 tahun,namun keluarga mereka tidak menghalang, malah memudahkan. Alhamdulillah. Fathuddin akui, bukan mudah dirinya untuk memikat hati keluarga isterinya yang waktu itu masih lagi seorang mahasiswi di universiti tempatan,namun berkat doa ibu bapanya jua usahanya , Allah mudahkan segala-galanya. Alhamdulillah.
Wajah lembut si isteri dipandang. Satu kucupan lagi buat isterinya. Fatehah tersenyum bahagia.
Wajah lembut si isteri dipandang. Satu kucupan lagi buat isterinya. Fatehah tersenyum bahagia.
"Jom abang," Fathuddin mengerutkan dahi. "Ke mana?"
"Naik atas, abang belum wangi, busuk lah...",
Fatehah tergelak kecil, lalu membuka langkah, beg laptop suaminya dicapai sebelum membuka langkah ingin meninggalkan suaminya. Dirinya yakin, pasti si suami akan mengejarnya dek geram dengan usikannya.
Fatehah tergelak kecil, lalu membuka langkah, beg laptop suaminya dicapai sebelum membuka langkah ingin meninggalkan suaminya. Dirinya yakin, pasti si suami akan mengejarnya dek geram dengan usikannya.
Fathuddin yang terkejut dengan kata-kata Fatehah, membulatkan mata, melihat isterinya telah membuka langkah meninggalkan dirinya, dia juga turut bangun dan ingin dikejar tubuh si kekasih.
"Sayang main-mainkan abang ya,siap sayang!" Fathuddin membuat muka nakalnya.
Si isteri dikejarnya. Terdengar ketawa kedua-dua pasangan bahagia itu.
"Sayang, jangan lari-lari, nanti baby semput." Fathuddin mengingatkan isterinya. Fatehah tersenyum. "InsyaAllah abang, sayang jalan laju jerk ya," Fatehah mengenyitkan mata.Dia berhenti dari membuka langkah, suaminya mendekat, lengan suaminya dipaut manja. Mereka berdua meniti anak tangga bersama-sama.
---
Nota Kaki.
Alhamdulillah, siap juga cerpen yang penuh dengan klise ini. Huhu.
Tak pelah, tengah belajar-belajar ini.
Saja nak buat cerita tetiba,ilham datanga tatkala mendengar alunan Qasidah Ya Badrotim dari adik-adik soleh, subhanaAllah.Rasa tenang, melihat wajah adik-adik, terasa jiwa lapang. Sungguh,wajah mereka menyejukkan pandangan mata saya.
Pengalaman bertemu sendiri dengan adik-adik yang bersekolah di maahad tahfiz Kampung Melayu Raya,Labis sudah cukup membuatkan saya begitu jatuh cinta dengan mereka. SubhanaAllah melihat wajah adik-adik muslimat, sungguh,ada nur. SubhanaAllah. Saat itu, saya tertunduk malu. Malu sangat. Adik-adik yang masih usia dalam lingkungan belasan tahun, telah menghafaz beberapa juzu' ayat Al-Quran.
Saya ingat lagi kata-kata Umi, isteri Ustaz,pengasas sekolah Maahad Tahfiz,
"InsyaAllah, andai sudah menghafaz 30 Juzu Al-Quran, hati anak-anak ini hati yang terang,mudah untuk terima ilmu pembelajaran di luar sana. Kami tak sediakan pembelajaran yang perlu diambil untuk peperiksaan PMR mahupun SPM. Bila mereka dah keluar, nak ambil peperiksaan SPM, mereka kena belajar sendiri. Macam yang kita tahu, kat pasaran, macam-macam buku yang disediakan, buku spot soalan spm,nota-nota ringkas,semua dah ada.InsyaAllah, macam Umi kata tadi, andai dah hafaz 30 Juzu Al-Quran,mudahnya terima ilmu lain.Kita nak lahirkan seorang doktor yang menyelamatkan ummat,bukan membunuh ummat. Contoh ya,sebab itu ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke maahad ini terdiri dari golongan bijak pandai.Bukan hanya mereka yang berlatarbelakangkan keluarga yang ustaz ustazah,"
Alhamdulillah, siap juga cerpen yang penuh dengan klise ini. Huhu.
Tak pelah, tengah belajar-belajar ini.
Saja nak buat cerita tetiba,ilham datanga tatkala mendengar alunan Qasidah Ya Badrotim dari adik-adik soleh, subhanaAllah.Rasa tenang, melihat wajah adik-adik, terasa jiwa lapang. Sungguh,wajah mereka menyejukkan pandangan mata saya.
Pengalaman bertemu sendiri dengan adik-adik yang bersekolah di maahad tahfiz Kampung Melayu Raya,Labis sudah cukup membuatkan saya begitu jatuh cinta dengan mereka. SubhanaAllah melihat wajah adik-adik muslimat, sungguh,ada nur. SubhanaAllah. Saat itu, saya tertunduk malu. Malu sangat. Adik-adik yang masih usia dalam lingkungan belasan tahun, telah menghafaz beberapa juzu' ayat Al-Quran.
Saya ingat lagi kata-kata Umi, isteri Ustaz,pengasas sekolah Maahad Tahfiz,
"InsyaAllah, andai sudah menghafaz 30 Juzu Al-Quran, hati anak-anak ini hati yang terang,mudah untuk terima ilmu pembelajaran di luar sana. Kami tak sediakan pembelajaran yang perlu diambil untuk peperiksaan PMR mahupun SPM. Bila mereka dah keluar, nak ambil peperiksaan SPM, mereka kena belajar sendiri. Macam yang kita tahu, kat pasaran, macam-macam buku yang disediakan, buku spot soalan spm,nota-nota ringkas,semua dah ada.InsyaAllah, macam Umi kata tadi, andai dah hafaz 30 Juzu Al-Quran,mudahnya terima ilmu lain.Kita nak lahirkan seorang doktor yang menyelamatkan ummat,bukan membunuh ummat. Contoh ya,sebab itu ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke maahad ini terdiri dari golongan bijak pandai.Bukan hanya mereka yang berlatarbelakangkan keluarga yang ustaz ustazah,"
SubhanaAllah, saat itu. Terus saya set dalam fikiran saya, insyaAllah, ada umur yang Allah pinjamkan, ada jodoh untuk menjadi isteri juga seorang ibu, saya berhasrat untuk menghantar anak-anak saya ke sekolah maahad. InsyaAllah. ^^
Pernah juga terlintas dalam fikiran saya,untuk menghantar diri saya. Waallahualam...
Pernah juga terlintas dalam fikiran saya,untuk menghantar diri saya. Waallahualam...
Video Ya Badrotim,
^^ NurulFauzaniAriff @ NurMusfirah MAI...
*Andai ada yang membaca nukilan saya ini, hum...
mohon kritikan dari anda. ^^Syukran Jazilan...





