#Post Title #Post Title #Post Title
Showing posts with label H. Show all posts
Showing posts with label H. Show all posts
Sunday, July 31, 2011

Latihan

Assalamualaikum..

Dah lama tak menaip, dah lama tak ku update blog ku yang kian bersawang ini. Huhu..
Alhamdulillah, sekarang ni saya kat rumah, balik-balik rumah terus menuju ke arah Rayyan Nazheef.

   Siapa Rayyan Nazheef?
Alhamdulillah, pada akhir bulan Jun yang lalu,akak saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat dan comel serta putih gebu macam makcik dia. hahaha.
Taklah, tentulah macam ibu dia dengan ayah dia.


Ni lah dia Rayyan Nazheef.

Hum , apa yang aku suka buat kat anak saudara saya yang pertama ini ialah, mak ucu dia ni paling suka untuk melaga-lagakan hidungku dengan hidungnya.
Selain itu juga, aku kerap memberi kucupan sayang buat dirinya. 

Dah ada anak saudara ini, ku ambil peluang ini untuk melatih diri menjadi seorang ibu. 
Hehehe. 
Xpelah, orang nak kata saya berangan atau apa, tapi setelah saya  membaca novel Sinergi karya Hilal Asyraf,
membuatkan apa yang saya buat sekarang ini sebagai tarbiyah dan latihan untuk diriku apabila bergelar seorang ibu nanti, insyaallah.

Tadi, saya tolong tukarkan pampers dia. 

MyEm0.Com
Minta kebenaran TokMak dia , untuk menggendong eA? huhu
Tapi, alhamdulillah, Rayyan selamat saya gendong, belajar posisi tangan saya harus di mana. 

Mungkin dia terlalu kehausan, hehehe, akhirnya saya kembalikan Rayyan kepada ibunya.

Owh ye, sebelum balik ke rumah, saya kehilangan kotak pensil saya.
Huhu.
Agak sedih, kerana saya kehilangan pendrive dan juga hadiah yang saya dapat.

Puas saya mencarinya, namun tak juga saya temui.
Semoga saya redha dengan kehilangannya, sebab saya tahu ini juga merupakan latihan buat saya untuk kehilangan insan-insan yang saya sayang.

Selamat Berpuasa.
Sebelum mengakhiri enteri kali ini, insyaAllah, sedikit perkongsian.

Allah swt telah berfirman maksudnya

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri. "
(Surahh Al-Baqarah :222)


Waallahualam.


[ Read More ]

Followers