Sunday, February 7, 2010

~~ women~~


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan













.. wanita.. apakah kelebihan yang diberikan kepada wanita yang beragama Islam?? ..

..mm info ini aku petik dripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan Januari 1992 ISLAM ITU INDAH..

SaLah stunyer Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali...
**Tapi adakah aku merupakn wanitta yang solehah??** Insyaallah.. semua wanita sentiasa berdoa agar mereka menjadi wanita yang solehah... :)

mm lain, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh...

bagaimana puler tok wanita yng sedang hamil?
~~2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil~~

~~ Wanita yang memberi minum susu badan kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya~~

~~Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba~~

~~Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya~~

~~Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa~~

~~Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat~~


~~Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka~~

~~Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari,Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari,Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji~~

~~Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid~~

**Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad**

**Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat**

**Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat**

**Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak**

**Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga**

**Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah~~

One Response so far.

  1. hahaha..aku bgi komen utok blog sendiri..
    pe slahnyer derk... hikhihk

Leave a Reply

Followers