Bismillahirrahmanirrahim.
Jam di laptop menunjukkan 4:01 minit petang. Ya, saya tak boleh nak teruskan pembelajaran. Semakin diasak-asak persoalan, semakin fikiran saya ‘jammed’.
Saya mengambil keputusan untuk mencoretkan sesuatu. Sambil telinga saya disajikan dengan satu lagu yang jika dikaji maksud liriknya,subhanaAllah.
Kehidupan sebagai pelajar Intersesi.
‘Allahuakhbar.Lajunya.’
Kepala yang tidak gatal saya garu. Namun, kepala saya giat memahami apa yang cuba pensyarah sampaikan. Satu persatu saya cuba fahamkan.
Sesuatu saya coretkan di nota bagi membantu saya memahami pembelajaran pada petang itu. Alhamdulillah, biar laju, saya yakin Allah akan bantu saya, ya Allah akan bantu. Malah saya juga perlu bantu diri saya.
6 minggu sahaja.
Hidup sebagai pelajar intersesi yang hanya memakan satu bulan lebih. Satu hari satu bab kami belajar. Anda bayangkan.
Andai waktu pembelajaran biasa pun adakalanya sudah cukup membuatkan saya rasa laju, apatah lagi saat intersesi ini. Ya, semuanya pantas. Biarpun semuanya laju, semuanya pantas, namun saya tetap merasa seronok. Adakalanya, saya menjadikan peluang ini bagi menguji tahap mana kemampuan saya dalam memahami sesuatu pembelajaran dalam waktu yang sesingkat ini.
InsyaAllah, yakinlah dengan Allah. Yang paling penting, kita perlu berusaha dahulu. Kan Allah dah kata,
“…Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri…” (Surah Al-Ra’d :11)
Jadi, nurul! Rajin-rajinkan diri anda! Kerana Allah. InsyaAllah.
Sahabat tiada.
‘Rasa lain bila tidak lihat wajah sahabat.’ Sahabat saya meluahkan rasa. Saya hanya tersenyum.
Ya. Hidup sebagai pelajar intersesi ini, banyak wajah-wajah yang saya tidak kenali, majoritinya adalah pelajar degree.
Ya. Tiada wajah sahabat yang menyapa saya sewaktu saya dalam perjalanan ke kelas. Namun, apa yang saya sematkan dalam hati.
‘Biar mereka tidak ada depan mata, namun, dalam hati, mereka sentiasa.InsyaAllah.’
Itulah kata-kata yang saya sampaikan buat sahabat saya. Bahunya saya peluk.
Bohong, saya tidak rindu dengan sahabat-sahabat saya. Malah saya sangat rindu dengan sahabat yang rapat dengan saya.
Rindu untuk bermanja dengannya.
Tapi... Allah kan ada. :)
Saya ingat lagi, ada satu kisah yang sahabat saya kongsikan,
Satu perkara yang masih lagi bermain-main difikiran saya,
‘Kekuatanku adalah dirimu…’
Lebih kurang macam itu kot, saya pun lupa. Namun, ucapan itu adalah ucapan yang disampaikan oleh Saidina Abu Bakar kepada Saidina Umar. SubhanaAllah.
Ucapan yang sama jua yang disampaikan oleh Saidina Umar buat Saidina Abu Bakar.
Sahabat.
Ya, bila sahabat tiada , kita rasa lemah,rasa kosong.
Ibarat lagu najwa Latif, 'Kosong...Kosong..Kosong...'
Lagu itu juga yang berkumandang di corong radio, saat perjalanan kami 4 sahabat ingin pulang, tergelak kecil saya dibuatnya tatkala mendengar sahabat saya yang memandu turut mengikut apa yang dinyanyikan oleh Najwa saat itu.
Berbalik pada rasa kosong saat sahabat tiada,
ya. itu benar. Namun, sebagai hambaNya, ingatlah Allah selalu ada buat kita. Jadi, jangan pernah rasa begitu.
Isikan kekosongan itu dengan banyak-banyak mengingati Allah. InsyaAllah.
Hakikatnya, saya bukanlah sahabat yang baik. Alhamdulillah, Allah kurniakan saya sahabat-sahabat yang soleh solehah yang sentiasa bimbing dan bantu saya menuju ke syurga Allah. InsyaAllah.
Owh , sahabat-sahabatku, aku merindui kamu semua. Aku yakin Allah menjaga kamu semua untukku.
Soal Hati vs Soal Mati.
“Seronok tak dah jadi isteri orang?” Wajahnya mengukir senyuman.
“Alhamdulillah kak.”
Saya tersenyum. Biar kami sama usia, namun sudah menjadi kebiasaan dia menggelar saya ‘kakak’.
“Doakan akak pula ya,insyaAllah agar jodoh akak dipermudahkan.”
“Amiin. Ini muka kahwin muda ini.”
Saya tergelak kecil.
“Amiin.”
Hum. Kahwin.
Siapa yang tak suka bila bincang perihal perkahwinan? Mungkin kalau ada pun, tak ramai. Betul tak ?
Ya. Saya juga tergolong dalam kalangan depa-depa yang suka cakap bab kahwin ini.
Namun,tatkala saya membaca satu artikel. Satu kata-katanya menembus hati saya ini. Saya rasa terpukul. Rasa terkesan.
‘Soal hati itu belum pasti lagi,namun soal mati itu pasti.’
Dushhh…
Waktu saya membacanya, ibarat saya ditumbuk. Ibarat ada insan yang datang pada saya dan sedarkan saya.
Ya. Dirisik.Menjadi tunangan orang. Menjadi Isteri orang.
Itu semua saya tak tahu, adakah saya dapat peluang untuk merasainya atau tidak.
Namun. Sesuatu yang pasti. Yang pasti akan menjemput saya.
MATI.
Ya, saya, anda.anda dan anda semua bakal dijemput. Jemput untuk kembali kepada Allah.
Saya terfikir, banyak lagikah masa yang Allah berikan kepada saya?
Berapa tahun lagi saya ada?
Berapa bulan lagi saya boleh hidup di dunia ini?
Berapa hari lagi saya boleh lihat dunia ini?
Berapa saat lagi yang saya ada?
Mula dari saat itu, saya cuba me‘minimize’kan dari memikirkan tentang perihal soal hati.
Bohong, andai hati ini tidak tercuit bila terbaca mengenai perihal perkahwinan,namun,saya sentiasa pujuk hati saya dengan menyatakan pada diri saya,
‘Allah ada.’ ‘Hanya Allah.’ ‘InsyaAllah. Allah lebih tahu apa yang terbaik.’
Saya yakin, Allah sayang dan cintakan saya melebihi dari orang disekeliling saya. Maka , saya juga perlu belajar sayang dan cinta Allah.
Ya, kita manusia biasa, ada kala, saya lalai. Ada waktu saya juga berfoya-foya.
Namun, Alhamdulillah. Saya bersyukur, kerna disaat saya terpesong, Allah jemput saya kembali. Allah tarik saya kembali dalam pelukan cintaNya. Allah bisikkan sesuatu. Allah tidak tinggalkan saya.
Sering kali saya tersungkur. Namun, jangan terus jatuh, bangkitlah. Bangkit. Siapa yang bagi semangat untuk saya bangkit?
Bukankah Allah?
Ya. Allah. Sweet kan Allah.
Konklusinya, nurul. Jangan fikir sangat nak kahwin. Ada banyak lagi perkara yang perlu saya fikirkan. InsyaAllah. Ada jodoh saya untuk menjadi isteri suami saya di dunia, maka insyaAllah, kad jemputan akan sampai ke rumah anda.
Kalau tiada, saya doa, agar Allah izinkan saya menjadi isterinya di Syurga Nya .
Apa-apa pun, utamakan Allah. Ingatlah bahawa, Allah lah segala-galanya.
Peringatan buat diri saya yang sentiasa melakukan kekhilafan.
Penutup.
Jangan pernah rasa sendirian.
Ingatlah bahawa,
‘Allahu ma’i… Allahu naadhari… Allahu syaahidi.!’
InsyaAllah teman, dengan mengingati Allah, hati akan tenang. Itu janji Allah.
Waallahualam.
NurulFauzaniAriff _ nurMusfirah.
Selingan video.
Enjoy tgok video ini teman.
'Hancur-hancur BN' Kot. Saya tak berapa nak ingat apa yang saya dengar.
Hati-hati Barisan Nasional, mahasiswa bijak. Mahsiswa tahu permainan anda wahai Dato Sri Najib oiii...
Jangan ingat kami semua sama seperti 'generasi' yang anda sumbatkan dengan hiburan semata-mata bagi mengaburi permainan kotor anda.
Hum habislah. Depa nak hapuskan PM. hum. Hati-hati PM. Jangan ingat anda yang berkuasa. Ingatlah Allah lah yang berkuasa atas segala sesuatu.
Rasa pelik saat ada dato apa ntah. Lupa den, dia yang kata
'apabila terkuburnya Melayu, terkuburlah Islam di Malaysia.'
Astaghfirullah. Hati-hati dengan kata-kata anda wahai dato.

















